01 February 2017

Sesi Coaching And Mentoring 2017

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Facebook Puan Sainah Sabri
Entri #129

Alhamdulillah semalam, sehari suntuk saya pergi belajar menambahkan ilmu perniagaan. Guru saya kali ni, Puan Sainah Sabri seorang pemilik beberapa perniagaan berbeza.

Kalau anda menetap di Bandar Baru Bangi dan biasa pergi ke Maybank Seksyen 9 berdekatan Masjid Al-Hasanah, sudah pasti anda akan terlihat papan tanda Ainnur Collection dan Ainnur Carpet. Puan Sainah ini lah pemiliknya. :) Manis dan sangat merendah diri orangnya.

Banyak ilmu yang saya dapat. Paling penting, semua ilmu tu adalah ilmu yang bila dapat, terus boleh praktik. Bukan sekadar di awangan atau sekadar di atas kertas.

Antara kata-kata Puan Sainah yang buat saya teringat-ingat:
"Duit ni berhantu. Bila ada banyak, boleh buat lupa diri. Bila takda duit, boleh buat hilang akal."

Ada kebenaran yang pahit di situ. Saya akui. Antara tujuan saya pergi belajar dengan Puan Sainah pun, adalah untuk belajar menguruskan duit perniagaan dengan betul. Bertahun-tahun berniaga, tak nampak duit simpanan meningkat. :(

Alhamdulillah selepas belajar cara yang betul, saya sudah mula nampak apa yang perlu dilakukan. Paling penting, perlu berdisiplin. Walaupun di awalnya terasa  kekok dan merimaskan apabila terpaksa mencatat dan merekod, tetapi insyaAllah ada manisnya nanti bila kita nampak duit di dalam akaun semakin tinggi nilainya.

Alhamdulillah syukur ya Allah untuk peluang ini. Terima kasih Kak Inah atas tunjuk ajar sehari suntuk semalam. Selepas ini, ada masa 1 bulan dipantau oleh Kak Inah. InsyaAllah akan lakukan yang terbaik. 



"Cik Amal Nor Amalina Rohaizad yang sangat pemalu tapi idea lemak berkrim sehingga menjilat jari. Sangat kreatif dan penulis blogger yang sesuai untuk suri suri hati. Semoga bisnes Amal maju, lagi diberkati dan meroket ke pelangi hati kastemer tersayang. 

Tengkiu Cik Amal. 
31 Januari 2017"

-Puan Sainah Sabri-

No comments:

Post a Comment