02 January 2017

Ulasan Ebook: Bisnes Kecil, Mindset Besar

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Facebook Puan Husna Adnan
Entri #102

Buku pilihan saya untuk permulaan 2017. Ebook Bisnes Kecil, Mindset Besar tulisan Puan Husna Adnan.


Tiga topik paling saya suka:

(1) Topik 1: Big Why

Big Why dalam berniaga bermaksud niat terbesar yang kita pasak dalam hati dan minda supaya terus kekal berusaha. Big Why boleh jadi apa sahaja. Tetapi mesti disertai tanda aras yang konkrit.

Mengapa perlu ada Big Why? Supaya kita sebagai pemilik dan pendiri perniagaan akan terus menjalankan bisnes walau dalam apa situasi pun.

(2) Topik 7: Database

Ramai yang masih tidak tahu tujuan database. Perkara penting ini sering dipandang remeh. Sebenarnya database adalah nyawa syarikat. Pernah dengar? 

Kata Puan Husna dalam ebook ini, ramai guru bisnes  memberitahu, menjual kepada pelanggan sedia ada adalah lebih mudah, jimat dan lebih murah kos operasi berbanding mencari pelanggan baru.

Bagaimana caranya untuk kumpulkan database? Ada dicadangkan di dalam ebook ini.

(3) Topik 8: Buku Tunai

Kesihatan dan prestasi bisnes seseorang boleh dinilai. Tetapi tanpa dokumentasi yang betul dan tersusun, sampai bila pun kita tidak akan mengetahui tahap sebenar bisnes.

Nilai keuntungan sebenar perlu jelas. Di sini lah perlunya buku tunai. Buku ini tidak perlu terlalu rumit. Asal kita sendiri faham dan lengkap, sudah memadai.

Di dalam ebook ini, penulis ada menunjukakn contoh buku tunai yang ringkas dan mudah difahami. Penulis ada juga menyebut tentang resit dan kepentingannya.

Alhamdulillah. Ebook yang bermanfaat. Walaupun bermula dengan bisnes yang kecil, penting bagi kita mempunyai mindset yang besar. Maksudnya, mulakan dengan perancangan yang tersusun dan teliti. Ramai usahawan berjaya, pun bermula dengan bisnes kecil.

Anda sudah mula berbisnes? :)

No comments:

Post a Comment