11 March 2017

Kelas Kraf Felt Dan Kelas Bina Blogshop Alor Setar

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #157

Tengah duduk-duduk ni, saja lah terfikir. Cuti sekolah nanti kan, insyaAllah Cik Amal lama di Alor Setar sana. Best jugak kalau Cik Amal dapat buat kelas. Kelas apa? Kelas asas jahit felt craft atau kelas asas bina blogshop. 

Nak belajar dua-dua kelas tu sekaligus pun boleh. Kita belajar face to face. Lebih senang nak berkongsi teknik sambil bersoal-jawab. Ada yang berminat nak belajar tambah duit poket dengan menjahit dan berblog? Nanti whatsapp Cik Amal 0192111934 ya. Kita bincang tarikh dan waktu kelas. :)

Tadi, Cik Amal belek album-album lama. Saja nak kongsi semula. Ini lah dia antara pelajar-pelajar kelas asas jahitan kraf felt yang pernah Cik Amal buat dulu. Yang datang ni ada macam-macam cerita di sebaliknya. Ada yang datang sebab saja suka nak explore ilmu baru. Ada yang datang sebab nak buat bisnes. Adik-adik sekolah menengah pun ada yang datang belajar menjahit.








Paling terharu, ada seorang pelajar ni datang jauh dari Johor bersama suami. Rupanya suami beliau yang carikan kelas ni dan galakkan sangat beliau datang kelas. So sweeettt kan. Yang betul-betul nak belajar tadah ilmu, memang tak kan beri alasan punya. Jauh macam mana pun, susah macam mana pun, mesti usaha sampai dapat datang.

Baby Theme Buttons

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #156

Alhamdulillah, tahniah rakan-rakan Cik Amal yang dapat baby baru 😍😍😍 Soleh solehah semuanya insyaAllah. Cik Amal pun ada baby baru. Tuuuu yang ramai-ramai kat dalam gambar tuuu. 😅 Hihi.


Sekarang ni Cik Amal ada masalah tau. Tengah fikir nak jual ke tak butang comel ni semua. Huhu. Comel sangat sampai sayang nak lepas. Tapi kalau simpan pun, masih tak ada rancangan projek yang nak gunakan butang bertema bayi ni.

Oh sekejap. Tadi di Facebook ada yang tanya ni butang ke applique? Hmm Cik Amal rasa jawapan yang lebih tepat, benda ni adalah wooden applique. Sebiji macam butang kayu yang biasa Cik Amal jual tu. Cuma, dia tak ada lubang butang. Jadi kalau nak guna, kena gam lah nampaknya.

Ada yang serius nak ke? Esok Cik Amal umumkan semula. Nak fikirkan dulu.

10 March 2017

Amal Creative Giveaway

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #155

Assalamualaikum. Hai semua. Sudah lihat apa yang menarik lagi tertarik di Facebook page Amal Creative pagi ini? ;)


Yaaa betul! Kami sedang adakan giveaway untuk bulan Mac 2017. Maklumat lanjut penyertaan boleh rujuk di Facebook page Amal Creative. Pastikan anda memenuhi kesemua 4 syarat yang ditetapkan untuk melayakkan diri anda menjadi salah seorang peserta.

Kami akan pilih bukan satu, tapiii DUA orang pemenang bertuah untuk menerima hadiah. Best ke sangat best? 😊😊 Giveaway bermula jam 10.30 pagi hari ini dan tamat pada jam 10.30 pagi Isnin 13 Mac 2017.

Selamat berjaya! 

2 Perkara Penting Dalam Asas Penulisan Blog

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #154

Perkara paling penting dalam penulisan blog bagi newbie adalah KONTEN dan KONSISTEN. Mula dengan dua ini dahulu. Tidak perlu gopoh berfikir tentang hak teknikal seperti layout blog dan juga SEO.

Konten yang baik, tersusun dan berkualiti mampu menarik minat pembaca bertandang. Kekerapan mengemaskini blog dengan konten yang baru dan segar, akan membuatkan pembaca ketagih mahu datang lagi dan lagi. Hidangkan konten yang membuatkan pembaca berasa kenyang dengan ilmu.

Konsisten. Perkataan yang mudah disebut tetapi hakikatnya agak mencabar untuk diamalkan. Tips untuk kekal konsisten adalah jadikan menulis itu sebagai tabiat. 10 hingga 15 minit setiap pagi misalnya, jadikan ia rutin. Tulis walaupun sedikit. Siapa kata menulis blog perlu mengarang panjang lebar hingga 5-6 muka surat ceritanya. ;)

09 March 2017

Buat Blog Sendiri Atau Upah Buat Blog?

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #153

Assalamualaikum.
Teringin nak ada blog sendiri?

Kalau nak ada blog:
Nak belajar buat sendiri ke?
Atau nak upah orang buatkan?

Saya ada cadangan solusi untuk kedua-duanya.

Nak belajar bina blog, jom belajar dalam kelas blog.
Anjuran Akademi Bekerja Di Rumah.

Atau kalau nak upah buatkan setting blog,
InsyaAllah saya boleh bantu buatkan.

Whatsapp 0192111934 untuk pendaftaran kelas blog.
Atau untuk tempahan blog anda hari ini. :)

08 March 2017

Pvc Baru Untuk Tempahan Keychain Nama

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #152

Testing material pvc baru.


Sebelum ni jahit keychain nama, guna background hitam saja. Nak ubah selera lah pula, main-main dengan warna lain. Alhamdulillah customer pun dah setuju bila tunjuk gambar ni. Nanti kita tengok hasilnya macam mana ya.

Tidur dulu. Esok insyaAllah sambung kerja. Assalamualaikum 😊😊

******************************************

Sedikit tazkirah sebagai ingatan untuk diri sendiri yang menulis:

Bangun awal waktu.
Solat awal waktu.
InsyaAllah masa terasa lebih panjang.
😊

07 March 2017

Tips Dan Trik 'Banyakkan' Huruf A Dalam Pek Butang Huruf

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #151

Cik Amal, buleh beli huruf A saja ka? Saya nak 50pcs.

Mai Cik Amal nak habaq sejujurnya. Dalam pek 1000pcs pun belum tentu ada 50pcs huruf A.

Jadi Cik Amal buat macam mana?

Perasan dak apa yang lain dalam gambaq ni?


Cik Amal gunakan huruf V yang diterbalikkan untuk gantikan huruf A. Huruf V biasanya dapat banyak kalau ambil pek 1000pcs tu. (Pssttt, silalah beli pek borong 1000pcs ok).

Jadi, memang syok lah ambil order keychain nama. Tak ada masalah tak cukup A. ;) Lagi, apa yang nampak lain dalam gambaq?

Huruf N pada nama NABHAN. Itu sebenaqnya huruf U yang diterbalikkan. Masalah tak cukup huruf N pun boleh selesai.

Ok dak tips Cik Amal bagi ni?

Kalau rasa ok dan bermanfaat, tolong share bagi kawan-kawan lain pun tau. Kesian depa pening kepala nak buat lagu mana tak cukup huruf A.

Ni Cik Amal dah habaq dah cara. Harapnya masing-masing lega dan gembira lah nooo. ;)

Faham ka Cik Amal bagi tips cakap Kedah? :p Tak faham sila habaq mai na. Cik Amal buleh tolong terjemahkan. Hihi.

06 March 2017

Butang Huruf Kraf

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #150

Alhamdulillah kami dah restock.

Alphabet buttons for craft. 
Butang huruf kraf. 

Kombinasi warna baru yang ceria dan menarik untuk bulan Mac 2017. Macam biasa, pek 100pcs hanya terhad kepada beberapa pek sahaja. Semua huruf A hingga Z ada.




Untuk tempahan, whatsapp Cik Amal 0192111934 okeh :) Kos poslaju untuk Semenanjung bermula RM8 manakala Sabah dan Sarawak bermula RM12.

05 March 2017

Doa Yang Bagus Para Ibu Amalkan

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad
Entri #149

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, hari ini izinkan saya berkongsi dua doa yang bagus untuk diamalkan oleh kita para ibu ayah. Amalkan setiap hari. InsyaAllah ada manfaatnya buat kita semua dengan izin Allah.

Doa untuk mohon kepada Allah supaya diri terhindar daripada perkara yang membawa mudarat. Contoh, terhindar daripada perkara yang mendatangkan bahaya, mudarat dalam makanan dan gangguan.

Doa ini pula bagus diamalkan sebelum pergi meninggalkan seseorang atau sesuatu yang berharga. Contoh, meninggalkan rumah sebelum keluar bekerja. Atau sebelum meninggalkan anak di sekolah. Kita berdoa mohon yang ditinggalkan itu berada dalam jagaan Allah sebaiknya.

04 March 2017

Silap Puji

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Koleksi Peribadi
Entri #148


Hantaq gambaq ni kat Tok depa. Ingat kaa nak puji kata cucu-cucu Tok ni rajin. Tapi Tok depa komen, nuuu hat di belakang nu. "Cantiknya dinding rumah hampa." 😑😌😜

Setiap kali Cik Amal nak kira dan bungkus stok butang, anak-anak mesti akan datang menghampiri. Buat muka comel sambil berulangkali minta nak tolong buat kerja sama-sama.

Untuk elakkan diri sendiri bertukar menjadi raksasa hijau, biasanya Cik Amal akan buka satu plastik butang khas untuk anak-anak 'buat kerja'.  Kerja sorting warna macam ni memang anak-anak sangat suka. Masing-masing fokus. ;)

03 March 2017

Rindu

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #147

Siang-siang bersilat bukan main lagi dengan kanak-kanak riang bertiga tu. Depa nak sangat join Mama membilang butang. Tengah malam macam ni bila depa semua pakat tidoq dah, Allahhh sunyinyaaa rasa.. 😭😭

Target malam ni mesti selesaikan bungkus semua order siang tadi dan yang dah order alphabet buttons bulan lepas. Esok siang mesti luangkan lebih masa untuk anak-anak. Ganti waktu kerja lebih masa hari ni.

Mama sayang Abang Wafiy, Kakak Insyirah dan Baby Mu'adz yang tak berapa baby dah tu.

02 March 2017

Hadiah Percuma Mac 2017

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #146

Istimewa bulan Mac ini, Cik Amal nak bagi butang yang 'rare' untuk pelanggan yang membeli alphabet buttons dari Amal Creative. Tak kesah lah sama ada pek 100pcs, 500pcs atau pun 1000pcs.


Butang mesin jahit. Jarang ada yang menjual butang ni kan. ;) 

01 March 2017

Mac 2017 Yang Meriah

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #145

Assalamualaikum. Selamat datang Mac 2017.

Alhamdulillah permulaan yang baik untuk bulan ini. Kesemua 8 jenis butang bertema telah Cik Amal bawa masuk stok baru. :) Tema Safari, Garden, Sea, School, Round, Heart, Star dan Flower. Semuanya datang dalam warna yang sangat comel dan menarik hati.


Selain butang bertema, butang yang paling banyak permintaan adalah butang huruf (alphabet buttons). Setiap kali stok masuk, cepat saja licin. InsyaAllah kami akan sentiasa pastikan stok butang ini sentiasa ada dan tak putus. 

Mahu tempah mana-mana butang? Boleh lawati Facebook Page kami Amal Creative untuk melihat katalog butang. Info harga dan bilangan setiap pek ada tertera di setiap gambar butang untuk memudahkan para pelanggan memilih. :)

28 February 2017

Tutorial Buat Sendiri Resin Baby Brooch

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #144

Assalamualaikum. Hai semua. Mahu belajar buat sendiri kerongsang comel? ;) Hanya perlu ikuti 3 langkah mudah berikut:






Berminat mahu menambah pendapatan sampingan dengan menjual brooch comel? Boleh dapatkan set DIY Baby Brooch dari kami. Set ini mengandungi 100pcs resin, 100pcs bar pin dan gam kuat untuk kraf. :)

Boleh juga dapatkan 1 set 100pcs resin baby brooch yang sudah siap digam dari kami dengan harga borong yang sangat berpatutan.

Whatsapp Cik Amal 0192111934 untuk pertanyaan atau pembelian.

27 February 2017

Tips Bangun Pagi Dalam Keadaan Terurus

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #143

Apa pelan nak buat malam ni sebelum tidur? Supaya esok pagi insyaAllah bangun elok terurus rumah tangga. Tanpa perlu kelam kabut.

✅Siapkan pakaian sekolah anak.
✅Siapkan pakaian siang anak yang belum sekolah.
✅Siapkan gosok baju kerja suami.
✅Siapkan gosok baju sendiri (wahm pun kena kemas dan cantik tau).
✅Siapkan susun bahan untuk masak sarapan dan bekal anak.
✅Siap basuh pinggan mangkuk.
✅Siap susun kasut depan pintu (hahaha).

Ni antaranya lah. Yang Cik Amal mesti cuba selesaikan sebelum baring dan pejam mata. Ada lagi sambungan senarai tu. Boleh sambung sendiri ikut keadaan rumah masing-masing. Yang penting, tujuannya esok dapat bangun awal dalam keadaan emosi stabil dan ceria.

Selamat malam.
Assalamualaikum.
😊😊

26 February 2017

4 Perkara Asas Menentukan Nilai Produk Kraf Tangan

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #142

Kualiti bahan.
Kemahiran menjahit.
Kekemasan menjahit.
Pengalaman.

Semua di atas ini mempengaruhi harga sesebuah produk jahitan kraf tangan. Contohnya kraf felt. 

Setiap crafter mempunyai keunikan dan aras tanda tersendiri. Oleh sebab itu, harga yang diletakkan adalah berbeza. Boleh untuk membandingkan harga sebelum membuat tempahan, namun tidak wajar mempertikai kenapa harga produk adalah berbeza bagi crafter berbeza.

25 February 2017

Butang Dan Resin

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #141

Alhamdulillah. Tempahan resin dan buttons :)


24 February 2017

Penghargaan Buat Pelanggan

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #140

Ya Allah, bahagianya hari ni. Dapat pelanggan semuanya baik-baik hati belaka. 😘😘 Alhamdulillah. Sebagai tanda penghargaan buat pelanggan yang sepantas kilat membuat bayaran sebelum jam 3 petang tadi, Cik Amal dah laju-laju pi pos.


Malam nanti Cik Amal send tracking number pula ya. 😊 Terima kasih #AmalCreativeLovers yang shopping butang di Amal Creative.

23 February 2017

Butang Bulat Dan Petak

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #139

Alhamdulillah. Yeayyy seronok masuk makmal menjahit hari ni. Mengemas-ngemas sikit, terjumpa ni dua plastik besar.




MashaAllahhh. Harta karuuunnn!

Ada 2 bungkus belum buka tau. Macam tak ku percaya. Hihi 😂😂 Siapa nak? Cik Amal bagi best price. Harga borong. Harga istimewa selagi stok masih ada.

Whatsapp 0192111934 untuk tempahan. 

16 February 2017

Tips Menggunakan Facebook Untuk Berniaga

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #138

Nama sebenar.
Wajah sebenar.
Tulisan sebenar.
Hasil kerja sebenar.

Bila menggunakan Facebook peribadi sebagai medan berniaga, empat perkara di atas boleh membantu meningkatkan kredibiliti peniaga.

Prospek dan pelanggan lebih selesa berhubung dengan peniaga yang mereka tahu rupa dan nama.

14 February 2017

Resin Baby Brooch

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #137

Sebenarnya, hadiah kecil pun boleh buat hati orang perempuan ni berbunga-bunga dan gembira kan?


Contoh, dapat hadiah resin baby brooch yang comel-comel macam ni. :) Perempuan mana yang tak suka kan.

13 February 2017

Aktiviti Petang

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Koleksi Peribadi
Entri #136

Langit di luar makin kelam. Bila-bila masa mungkin hujan. Ajak anak-anak tolong buat kerja lah. :) Banyak butang nak kena bungkus masuk ke dalam plastik.

Aplikasi Telefon Pintar Untuk Photo Editing

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #135

Edit gambar. Sejenis pekerjaan yang renyah. Tapi ini lah dia antara benda yang paling Cik Amal suka dan seronok nak buat.

Aplikasi yang Cik Amal suka guna untuk photo editing di smart phone ialah Snapseed, Phonto dan PhotoGrid. Kadang-kadang guna Canva. 

Dua gambar contoh di bawah ni, Cik Amal edit untuk letak di Instagram.



Pelanggan merayu-rayu minta Cik Amal buat Instagram khas untuk katalog Amal Creative. Mungkin ada yang tak ada akaun Facebook. Jadi perlu juga Cik Amal muat turun maklumat di Instagram.

Bagi anda yang ada Instagram, jemput follow dua akaun ni:
IG rasmi: @amalcreative
IG untuk katalog: @amalcreative.catalogue

12 February 2017

Kelas Kraf Felt Di Alor Setar

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #134

Hujung minggu ni sibuk sungguh urus stok barang di Amal Creative. Sebab minggu depan kan, insyaAllah Cik Amal nak balik kampung.

Orang-orang Aloq Setaq yang dirindui, 
Ada sesapa nak belajaq menjahit felt craft dak? Jommm jumpa. ;)

Cik Amal bawa balik felt craft starter pack. Dalam tu ada kain felt kualiti tip top dan ada koleksi butang-butang comel.

Cik Amal akan ajaq 4 jenis jahitan asas dalam felt craft. Kita sama-sama jahit, buat satu projek ringkas.

Kemudian Cik Amal share macam mana nak buat dan cari template/pola. Supaya nanti masing-masing buleh menjahit ikut kreativiti masing-masing.

Bonus nak bagi: Tips mula bisnes dari rumah dengan felt craft.

Mau dak orang Aloq Setaq? :) Hello-hello Cik Amal di whatsapp 0192111934 na. Kalau segan nak mai belajaq sorang diri, ajak lah dua tiga orang kawan. Laaagi meriah!

11 February 2017

Maklum Balas Keychain Nama Amal Creative

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #133

Seronok keeer menjahit benda kraf kecik-kecik tu Cik Amal?

Seronokkk. Sangattt seronok! 😍
Lapan ribu kali ganda seronok bila buatkan customer pun rasa seronok.

Sayang semua #AmalCreativeLovers.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Esok lusa boleh order lagi 😘😘

Saya kongsikan beberapa maklum balas dari mereka :)




Sesiapa yang berkenan nak tempah keychain nama PVC ni, boleh terus whatsapp saya 0192111934. :)

10 February 2017

Lapang Dan Sibuk

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #132

Syukur pada Allah setiap saat.
Waktu lapang atau waktu sibuk.
Kedua-duanya adalah nikmat.


Alhamdulillah butang-butang huruf saya dah restock. Biasanya kami di Amal Creative jual, 500pcs RM75 atau 1000pcs RM130. Kali ni saya buat pack yang lebih kecil. 100pcs RM20. Boleh dapatkannya di Facebook page Amal Creative atau terus whatsapp saya 0192111934. :)

08 February 2017

Stok Butang Baru

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #131

Assalamualaikum.
Hai semua. Selamat pagi. 

Sarapan apa hari ni? 😉

Cik Amal tengah sarapan gula-gula ni haa. Perisa strawberi ada, oren ada, anggur ada, lemon puuunnn ada. Kiki.. 😆


InsyaAllah semua butang ni akan masuk stok di Facebook page. Saya update maklumat di sana ya. Jemput like dan follow Amal Creative. ;)

07 February 2017

Umrah Mama Babah 2017

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Koleksi Peribadi
Entri #130

Alhamdulllah. Pagi tadi di KLIA. Kami sekeluarga pergi melawat Mama dan Babah yang nak ke Haramain. Sebak tengok gambar ni. Dah lama sangat Babah tak naik kapal terbang. Lebih 25 tahun rasanya.


Kawan-kawan sekalian yang membaca blog ni, doakan Babah dan Mama Cik Amal sihat, kuat dan lancar beribadah sepanjang berada di Tanah Suci ya. 

Doakan juga lepas ni giliran Cik Amal dan suami. Membuak-buak perasaan teringin nak pi sana. Nak pi sebelum menutup mata selama-lamanya. InsyaAllah sedang berusaha penuhkan tabung Umrah 2018 :)

01 February 2017

Sesi Coaching And Mentoring 2017

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Facebook Puan Sainah Sabri
Entri #129

Alhamdulillah semalam, sehari suntuk saya pergi belajar menambahkan ilmu perniagaan. Guru saya kali ni, Puan Sainah Sabri seorang pemilik beberapa perniagaan berbeza.

Kalau anda menetap di Bandar Baru Bangi dan biasa pergi ke Maybank Seksyen 9 berdekatan Masjid Al-Hasanah, sudah pasti anda akan terlihat papan tanda Ainnur Collection dan Ainnur Carpet. Puan Sainah ini lah pemiliknya. :) Manis dan sangat merendah diri orangnya.

Banyak ilmu yang saya dapat. Paling penting, semua ilmu tu adalah ilmu yang bila dapat, terus boleh praktik. Bukan sekadar di awangan atau sekadar di atas kertas.

Antara kata-kata Puan Sainah yang buat saya teringat-ingat:
"Duit ni berhantu. Bila ada banyak, boleh buat lupa diri. Bila takda duit, boleh buat hilang akal."

Ada kebenaran yang pahit di situ. Saya akui. Antara tujuan saya pergi belajar dengan Puan Sainah pun, adalah untuk belajar menguruskan duit perniagaan dengan betul. Bertahun-tahun berniaga, tak nampak duit simpanan meningkat. :(

Alhamdulillah selepas belajar cara yang betul, saya sudah mula nampak apa yang perlu dilakukan. Paling penting, perlu berdisiplin. Walaupun di awalnya terasa  kekok dan merimaskan apabila terpaksa mencatat dan merekod, tetapi insyaAllah ada manisnya nanti bila kita nampak duit di dalam akaun semakin tinggi nilainya.

Alhamdulillah syukur ya Allah untuk peluang ini. Terima kasih Kak Inah atas tunjuk ajar sehari suntuk semalam. Selepas ini, ada masa 1 bulan dipantau oleh Kak Inah. InsyaAllah akan lakukan yang terbaik. 



"Cik Amal Nor Amalina Rohaizad yang sangat pemalu tapi idea lemak berkrim sehingga menjilat jari. Sangat kreatif dan penulis blogger yang sesuai untuk suri suri hati. Semoga bisnes Amal maju, lagi diberkati dan meroket ke pelangi hati kastemer tersayang. 

Tengkiu Cik Amal. 
31 Januari 2017"

-Puan Sainah Sabri-

31 January 2017

Bukti Kesungguhan

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #128

Bersungguh-sungguh sangat maksudnya ni. Kan? :p Ada sesiapa macam Cik Amal? Jahit felt sampai bengkok jadinya jarum tu. Kiki.




30 January 2017

Tutorial Baru?

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #127

Tutorial baruuu?
Cuba teka Cik Amal nak buat apa?


29 January 2017

Diskaun = Sedekah??

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #126

Nama saja cuti. Tapi bab mencari ilmu, tak pernah berhenti. Nota Cik Mal di Facebook yang saya baca hari ini sangat bermanfaat. Yang bestnya, realistik!

Amal Creative dan Wafiy Wellness ada target market tersendiri. Diakui diskaun yang kerap sebenarnya sedang membunuh bisnes tu slowly.

Diskaun = Sedekah?

Banyak lagi tu kena menuntut kalau betul serius nak berniaga dan nak kembangkan bisnes.
Ada buat rekod jualan? Duit keluar masuk ada tulis ke mana? Bertambah ke duit simpanan tiap bulan? Ke macam tak cukup atau cukup-cukup nak pusing balik modal?

Bila kerap buat diskaun, pernah periksa apa jadi pada tahap kesihatan bisnes sendiri? Memang bisnes kita ni target untuk serve market murah ke? Kena lah check.

Bagi yang fulltime berniaga dan sumber pendapatan utama dari berniaga, mesti check, rancang dan buat pelan bisnes betul-betul ya.

Jangan cepat melatah tengok orang buat diskaun meletop tiap bulan, kita pun kalut nak buat diskaun sama. Dia mungkin ada strategi dan sedang bermain game berbeza.

Eh panjang pulak Cik Amal bebel. 😅 Sebenarnya tengah warming up. Baca nota-nota bisnes yang realistik sebelum nak pi sesi mentoring.

Alaaa, macam waktu sekolah dulu lah. Sebelum cikgu masuk mengajar, kita dah baca lebih awal topik yang cikgu nak ajar. Baru lah ilmu tu serap molek. Kita pun dah boleh prepare sesiap soalan nak tanya. 😊

Cik Mal dan Cik Amal. Hmmm dah dekat dah nama kan. Doakan saya dapat bijak merancang dan berstrategi dalam bisnes seperti Cik Mal. :)

28 January 2017

Mudah Sangat Buat Baik

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #125

Cara paling mudah nak bantu kawan-kawan: Beli ja produk yang depa jual. Jangan pulak pi mintak diskaun nooo. 😅

Dapat nombor akaun kawan tu, nanti boleh selit duit lebih. Tapi kena bagitau lah dengan jelas kenapa lebih.

Katakan beli minyak kelapa RM40. Poslaju RM8. Jumlah RM48. Tapi kita transfer RM60. Lagi RM12 tu, kita mesti maklumkan.

"Cik Yah, aku beli na minyak kelapa tu. Hat lebih lagi RM12 tu, aku bagi. Buat belanja anak-anak hang na." Macam tu.

Tak payah sebut nak sedeqah. Ada orang tak selesa nak terima. Walaupun tu niat kita sebenarnya. Hati dan perasaan kawan perlu dijaga.

Mudah sangat kan nak buat baik? 😎

26 January 2017

Bangun Awal Urus Masa

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #124

Sejadah.
Laptop.
Kuali.

Bangun awal memang boleh menghadap tiga di atas tu dengan bahagia :)

Kita yang urus masa.
Bukan masa urus kita.

25 January 2017

Minggu Keempat 2017

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #123

Minggu keempat 2017.

Daripada 'terpaksa' bangun sangat awal, badan dah automatik boleh bangun sendiri. Wah wah.

Yang bestnya tu, boleh bangun lebih awal daripada alarm clock. Terasa macam satu kemenangan! 🏆

Paaaaling best apa tau?

Ada banyak masa untuk me-time sebelum Subuh. Nak berlama-lama atas sejadah puuun boleh sangat.

23 January 2017

Butang 123

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #122

Kenyang dah anak-anak. Alhamdulillah. Keledek rebuih. Cek mek molek. Nasi dage. Tuuu dia. Mau ka tak kenyang kan makan lagu tu sekali. Kami memang jenis ambil heavy breakfast.

Abang Wafiy selamat pi sekolah. Teruja lebih sikit hari ni. Sebabnya Khamis dan Jumaat lepas, Mama tak bagi pi. Ekzema tiba-tiba naik ke muka dan tangan.

Tinggal dua kanak-kanak riang dan aktif. Mu'adz dan Kakak Insyirah ajak main nombor. Mama pun, jooommm! Nak guna cute buttons 123. Supaya depa lagi semangat belajaq.


Sembang Santai Bersama Pemilik Butik Ainnur

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #121

Alhamdulillah. Sejukkk angin petang di Bangi. Best ni kalau dapat semangkuk pho bho panas-panas depan mata. Then tambah sambal cili bagi pedas sikit. Perghh layan. Pho bho tu koeytiau/mi/bihun sup ala Vietnam. Cik Amal pun first time makan.


Teringat tu bukan apa. Kiki. Petang semalam Cik Amal satu family pi melepak makan pho bho di butik Ainnur Collection. Mula-mula order semangkuk. Tapi berebut pulak dengan anak-anak. 😂😂 Kami pun order lagi semangkuk. Sedappp sangat mashaAllah! Special tau. Air tangan bos sendiri, Kak Sainah yang humble dan comel tu.

Habis makan, dapat peluang sembang santai dengan Kak Sainah. Walaupun santai, satu jam tu sangat-sangat membuka dan mencerahkan mata. Betul-betul Cik Amal tadah telinga. Banyakkk lagi rupanya benda basic dalam bisnes yang Cik Amal kena belajar dan buat. Terutama bab urus keluar masuk duit.

Cuppp. Pernah dengar nasihat ni: Jangan merompak duit bisnes sendiri? Haha malu nak mengaku. Tapi sebenarnya Cik Amal selalu buat. Selalu sangat-sangat. Huhu. Tak bolehhh. Kak Sai explain lah sebab-sebabnya. End up, ouch! Terasa macam kena cili pulak dengan Kak Sai. Lebih pedas rasa dia dari sambal cili pho bho tu. Insofff terus! 😭


Ada banyak lagi benda Kak Sainah share. MashaAllah terima kasih sangat-sangat Kak Sai. Memang tak cukup satu jam tu. Banyak topik lagi nak cover. InsyaAllah lepas ni jumpa lagi ya. Nak pi berguru dan belajar betul-betul supaya dapat urus dan kembangkan Amal Creative. InsyaAllah.

Doakan Cik Amal disiplin dan istiqomah ya kawan-kawan yang awesome semua ☺️☺️

22 January 2017

Keistimewaan Buka Akaun Kontrak Poslaju

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #120

Apa yang seronoknya bila buka akaun kontrak Pos Laju? Rujuk senarai dalam gambar. Semua tu akan dibekalkan. Percuma.


Ya PERCUMA 😉

21 January 2017

Consignment Note Poslaju

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #119


MashaAllah! Banyak pulak kali ni Pos Laju bagi. Patut lah siap berkotak. 😍
Consignment note bercetak alamat.

Ada 500 keping. Banyak lah tu bagi usahawan kecil jahitan kraf macam Cik Amal.
Nak habiskan sekotak ni sebulan, setiap hari (hari bekerja) sekurang-kurangnya kena ada 20 bungkusan keluar.

Hmmmmmm. 
Macam mana nak buat tu? 

20 January 2017

Hobi Baru

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #118

Sekarang ni malam-malam bila tengah menjahit, mesti buka Facebook recorded live video dari mana-mana usahawan berjaya. Hobi baru kot.

Phone memang wajib pastikan fully charged. Seronok dengar. InsyaAllah banyak ilmu baru boleh dapat

Boleh buat tahan mengantuk pun ya. Otak tengah ligat berjalan. Cuba menghadam apa yang disampaikan. Sampai kadang-kadang jari pun boleh tercucuk jarum. :p

But at the end of the day, berbalik pada diri sendiri. Nak berjaya macam usahawan tu, kena pastikan ada tindakan yang dibuat. Bukan syok dengar saja-saja tapi masih pegun tak bergerak.

19 January 2017

Tips Sukses Urus Masa

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #117

Tips Sukses Urus Masa
Sumber ebook Super Wahm, Super Mom.

1. Bangun awal dan tidur awal, agar dapat mempunyai tenaga, ruang masa untuk diri sendiri.

2. Rancang awal apa urusan untuk tahun, bulan, minggu, hari dan setiap jam. Perlu ada kalender perancangan.

3. Pastikan merancang dan melakukan perkara-perkara penting sebelum anak-anak tidur.

4. Jangan mudah stres dan ambil masa untuk memastikan anda sudah dapat rentak dan imbangi kerja dan rumahtangga.

5. Sudah tentunya rata-rata wanita bekerja dari rumah mempunyai anak-anak kecil, jadi sediakan zon bermain dan belajar sama juga seperti ibu yang mempunyai pejabat atau soho.

6. Mengambil beberapa langkah awal, contoh ketika anak menangis, terus sahaja memberikan apa-apa permainan menarik perhatian atau makanan yang digemari.

Semua orang pun sibuk. Sibuk urus diri sendiri, rumah tangga, keluarga, kerjaya. Masa hanya ada 24 jam sahaja. Hanya orang yang bijak sahaja yang mampu mengimbangi banyak kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Baca lebih lanjut dalam ebook Super Wahm, Super Mom :) Ebook ini adalah ebook bonus bagi pelajar kelas asas penulisan blog. Untuk pendaftaran kelas penulisan blog, boleh hubungi saya melalui whatsapp 0192111934.

17 January 2017

Niche Blog

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #116

Blog yang berpengaruh ada niche tersendiri.
Fokus niche.
Tulis berdasarkan produk atau servis.

Apa niche blog ini? :)

16 January 2017

Mula Bisnes Pertama WAHM.

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #115

Mula dengan apa yang ada di tangan. Ini disebut berulang kali oleh mereka yang sudah lama dan  berpengalaman luas dalam dunia bisnes masing-masing.

Tidak perlu meminjam (berhutang).
Tidak perlu modal besar.

Bak kata Puan Husna Adnan dalam ebook Bisnes Kecil Mindset 
Besar, "Terus lakukan perkara yang menjadi kekuatan kita".

Contoh:
Puan Maryam pandai menjahit beg.
Puan Maryam boleh mula bisnes berkaitan jahitan beg.

Puan Khadijah pandai mengurut.
Puan Khadijah boleh mula bisnes berkaitan urutan ibu.

#InspirasiMBDR

15 January 2017

Tips Sukses Urus Masa

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom
Entri #114

1. Bangun awal dan tidur awal, agar dapat mempunyai tenaga, ruang masa untuk diri sendiri.

2. Rancang awal apa urusan untuk tahun, bulan, minggu, hari dan setiap jam. Perlu ada kalendar perancangan.

3. Pastikan merancang dan melakukan perkara-perkara penting sebelum anak-anak tidur.

4. Jangan mudah stres dan ambil masa untuk memastikan anda sudah dapat rentak dan imbangi kerja dan rumahtangga.

5. Sudah tentunya rata-rata wanita bekerja dari rumah mempunyai anak-anak kecil, jadi sediakan zon bermain dan belajar sama juga seperti ibu yang mempunyai pejabat atau soho.

6. Mengambil beberapa langkah awal, contoh ketika anak menangis, terus sahaja memberikan apa-apa permainan menarik perhatian atau makanan yang digemari.

Semua orang pun sibuk. Sibuk urus diri sendiri, rumah tangga, keluarga, kerjaya. Masa hanya ada 24 jam sahaja. Hanya orang yang bijak sahaja yang mampu mengimbangi banyak
kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Baca lebih lanjut dalam ebook Super Wahm, Super Mom :) Ebook ini adalah ebook bonus bagi pelajar kelas asas penulisan blog. Untuk pendaftaran kelas, boleh hubungi saya di Facebook, whatsapp 0192111934 atau email noramalina.rohaizad@gmail.com

14 January 2017

Tempahan Pukal Produk Kraf

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #113

Tempahan pukal.
Bulk order.

Penghasilan produk kraf tangan tidak sama seperti penghasilan produk dari kilang. Beza paling besar adalah dari segi masa dan tenaga yang digunakan. Hasil akhir produk pun semestinya berbeza.

Apabila pelanggan meminta sebut harga untuk tempahan pukal, jangan kita cepat teruja, gelap mata atau terasa ingin terbang tinggi ke awan.

Bertenang. Pastikan kaki kekal berpijak di bumi nyata sebelum membuat apa-apa keputusan.
😉😉😉

13 January 2017

Fleksibel Dalam Pengurusan Tugasan

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #112

Ada masa kita mungkin jemu dengan tugasan rutin. Perasaan tu normal. Sesiapa pun akan alami. Bekerja dari rumah, kita ada waktu yang cukup fleksibel. Boleh ubah waktu tugasan mengikut kesesuaian.

Contoh:
Biasanya jemur baju jam 8 pagi. 

Hari ni ubah rutin. 
Jemur baju jam 7 pagi. 
Sambil-sambil tu, nikmati udara nyaman dan sejuk di luar rumah.

#InspirasiMBDR

12 January 2017

Bisnes Produk Organik Dan Semulajadi

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #111

Kraf felt bukanlah satu-satunya bisnes yang saya buat. Ada lagi satu. Tapi saya jarang sangat promosikan di Facebook.

Ramai rakan-rakan Facebook tak tahu pun saya ada menjual natural skin moisturiser (Baybie cream), natural baby wash (Baybie shower gel), krim kunyit untuk bayi selsema, natural body spray pengganti deodorant (Novau), minyak dan kapsul habbatussauda, minyak kelapa dara, mandian bidara etc.

Banyakkk. :p

Serabut jadinya Facebook kalau saya cerita semua. Jadi pilihan lain, saya guna blog sebagai medium utama. Disokong oleh Instagram. Kebanyakan pelanggan saya pun datangnya dari blog. Alhamdulillah.

Ok, idea mencurah-curah nak tulis banyak benda malam ni. Tapi saya memaksa diri untuk berhenti menulis. Perlu tidur yang berkualiti untuk pastikan awal pagi segar bertenaga. ;)

Beransur dulu.

Assalamualaikum.
:)

Amal Creative Januari 2017

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #110

Sepanjang 2016 blog panduan asas kraftangan felt saya kosong tak berisi. Tapi setiap bulan, saya masih terima pertanyaan untuk tempahan jahitan. Terima order untuk beli butang dan kain felt dari blog pun banyak.

Itu blog yang tak update setahun. Entri blog pun, saya boleh katakan content tahap yang biasa-biasa. Kalau blog yang sentiasa segar dengan penulisan baru selang sehari macam mana? Kalau blog diisi dengan konten premium macam mana? Apa kesannya pada bisnes Amal Creative?

Cerita sebenar, memang sengaja tak nak update pun tahun lepas tu. Serammm bila ramai mesej nak tempah tapi nanti terpaksa balas tempahan ditutup sementara waktu.

Tahun ni Alhamdulillah saya dah mula kembali terima tempahan. Bersusun dah senarai. Jahit keychain nama dan buat baby brooch dulu. Sedang sesuaikan diri dengan rutin baru.

Sebut tentang keychain, terus teringat hutang tutorial. Bila masanya Cik Amal nak share ni? Lama dah orang dok tunggu.

11 January 2017

Kelas Asas Blog dan Penulisan Januari 2017

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #109

Tulis dalam buku nota.
Mula bina rutin menulis.
Tulis dalam blog.

Ini asas yang kami bimbing dalam Kelas Asas Blog Penulisan.
Masih ada kekosongan tempat untuk kelas Januari.
Kelas online. Terima dan siapkan tugasan dari rumah.

Selesaikan tugasan 44 entri dalam tempoh 20 hari.
Siap satu blog berinformasi dan mempunyai fokus.

Apa kriteria perlu ada untuk hadir kelas online?
Ada pc/laptop, ada sambungan internet yang baik,
ada minat untuk menulis, berdisiplin dan rajin.

10 January 2017

Antara Kepuasan Berniaga

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #108

Pelanggan nak cepat-cepat minta nombor akaun. Nak serahkan duitnya untuk tukar dengan nilai yang kita tawarkan.

Semput lah juga nak kejar masa balas mesej serentak. Tapi Alhamdulillah syukur. Itu yang manisnya berniaga.

Seronok dapat untung tu biasa saja. Seronok dapat menambah nilai dalam hidup seseorang tu yang mashaAllahhh luar biasa sungguh perasaan dia.

Barulah saya faham yang berniaga ni memang boleh menimbulkan sejenis ketagihan.
Ketagih nak membantu orang.

08 January 2017

Wahm Juga Perlu Me-Time

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #107

Me time di hujung minggu.
Ya minggu ni saya pilih nak keluar dari rutin. Nak jadi princess pulok :p

Tak nak masak untuk sarapan dan makan tengahari. Tapi nak makanan depan mata. Tak nak ke pasar tani Serdang tu macam selalu. Tak nak proses ikan, ayam, sayur, buah dan barang-barang dapur lain.

Nak tidur 3 jam tanpa gangguan.
Dari 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Alhamdulillah Allah izinkan.

Perasaannya?
LEGA YANG AMATTT!

Ni antara rahsia saya untuk kekal bermotivasi dan positif menguruskan rumah. Dalam tiga bulan sekali, memang buat special request dari Encik Suami tercinta. "Sayang nak tidoq sat na Abang". (Sat ka? Haha) 

Paling penting lepas tu, bateri penuh. Fully charged. Lenyap terus perasaan penat berminggu-minggu dulu. Rasa kembali bertenaga, bersemangat dan seronok nak uruskan tugasan harian.

Lagi satu bila dah dapat me time yang diimpikan, bagi lah reward atau surprise kepada Encik Suami yang dah beri kerjasama. Win-win situation. Hidangan makan malam istimewa contohnya.

Bila emosi kita sebagai ibu ayah gembira, insyaAllah seluruh seisi keluarga kita akan turut ceria. 

07 January 2017

Blog Niche Jahitan Dan Kraf

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #106

Blog masakan dah banyak sangat.
Mudah faham dan mudah ikut.
Kebanyakannya ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Blog jahitan?
Blog dalam niche kraf felt?

Berminat mahu menulis blog dalam niche jahitan dan kraf?
Jom belajar lanjut dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Untuk mendaftar, boleh hubungi saya di whatsapp 0192111934.
Atau email noramalina.rohaizad@gmail.com

05 January 2017

Ibu Bijak Urus Masa Dan Emosi

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #105

Semua ibu sibuk.
Semua ibu banyak kerja.

Sama ada kita ini ibu yang berusaha menguruskan masa dan emosi dengan lebih cekap. Atau kita ini ibu yang sering beralasan masa tidak cukup lantas tidak sempat serba-serbi.

Pilih. ;)

#InspirasiMBDR

04 January 2017

Perkara Terpenting Dalam Blog

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #104

Perkara paling penting dalam sesebuah blog adalah 'CONTENT' atau isi kandungannya.

Blog yang berpengaruh dan mampu menarik minat ramai pembaca adalah blog yang mempunyai kandungan yang fokus dan konsisten.

03 January 2017

Kelas Asas Blog Dan Penulisan

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #103

Kelas Asas Blog Dan Penulisan.

Sesi Januari 10.1.2017 hingga 30.1.2017
Latihan penulisan 44 entri selama 20 hari.

Selepas daftar akan diberikan 8 analisa untuk kita pilih fokus blog.
Setiap orang tidak sama fokus penulisan.

10 kekosongan untuk Januari 2017.
Kelas adalah secara online.

Kelas ni KELAS ASAS.

Kita guna platform blogspot.
Sangat user friendly bagi newbies.

Sesuai bagi yang:
+ Belum pernah ada blog.
+ Ada blog tapi buntu tak ada idea nak tulis apa.

Ada laptop/pc + internet.
Ada keinginan nak belajar.
Daftar dan boleh terus mula.

Untuk pendaftaran kelas, boleh hubungi saya di:
Whatsapp 0192111934.
Atau email noramalina.rohaizad@gmail.com

02 January 2017

Ulasan Ebook: Bisnes Kecil, Mindset Besar

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Facebook Puan Husna Adnan
Entri #102

Buku pilihan saya untuk permulaan 2017. Ebook Bisnes Kecil, Mindset Besar tulisan Puan Husna Adnan.


Tiga topik paling saya suka:

(1) Topik 1: Big Why

Big Why dalam berniaga bermaksud niat terbesar yang kita pasak dalam hati dan minda supaya terus kekal berusaha. Big Why boleh jadi apa sahaja. Tetapi mesti disertai tanda aras yang konkrit.

Mengapa perlu ada Big Why? Supaya kita sebagai pemilik dan pendiri perniagaan akan terus menjalankan bisnes walau dalam apa situasi pun.

(2) Topik 7: Database

Ramai yang masih tidak tahu tujuan database. Perkara penting ini sering dipandang remeh. Sebenarnya database adalah nyawa syarikat. Pernah dengar? 

Kata Puan Husna dalam ebook ini, ramai guru bisnes  memberitahu, menjual kepada pelanggan sedia ada adalah lebih mudah, jimat dan lebih murah kos operasi berbanding mencari pelanggan baru.

Bagaimana caranya untuk kumpulkan database? Ada dicadangkan di dalam ebook ini.

(3) Topik 8: Buku Tunai

Kesihatan dan prestasi bisnes seseorang boleh dinilai. Tetapi tanpa dokumentasi yang betul dan tersusun, sampai bila pun kita tidak akan mengetahui tahap sebenar bisnes.

Nilai keuntungan sebenar perlu jelas. Di sini lah perlunya buku tunai. Buku ini tidak perlu terlalu rumit. Asal kita sendiri faham dan lengkap, sudah memadai.

Di dalam ebook ini, penulis ada menunjukakn contoh buku tunai yang ringkas dan mudah difahami. Penulis ada juga menyebut tentang resit dan kepentingannya.

Alhamdulillah. Ebook yang bermanfaat. Walaupun bermula dengan bisnes yang kecil, penting bagi kita mempunyai mindset yang besar. Maksudnya, mulakan dengan perancangan yang tersusun dan teliti. Ramai usahawan berjaya, pun bermula dengan bisnes kecil.

Anda sudah mula berbisnes? :)

01 January 2017

Lembaran Baru 2017

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #101

Alhamdulillah. Tahun 2017. 
Bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Tidak seperti di tahun 2010. Saya masih ingat pada waktu itu, saya diperli, dipersoal dan dikecam teruk kerana memilih untuk menongkah arus.

Tadika dua tahun.
Sekolah rendah enam tahun.
Sekolah menengah lima tahun.
Matrikulasi satu tahun.
Universiti tiga tahun.

Selepas graduasi, pilihan seolah-olah hanya ada dua. Menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan PhD. Atau bekerja makan gaji di luar rumah.

Bekerja dari rumah? Berniaga dari rumah? Sesuatu yang kedengaran amat aneh dan amat mustahil untuk dilakukan. Lebih-lebih bagi yang mempunyai latar belakang keluarga yang kebanyakannya berjawatan tinggi.

Kerja dari rumah? Kerja apa? Berniaga? Jual apa tu? Apa benda je boleh jual? Boleh ke tu? Banyak ke duit kerja dari rumah je? Cukup ke duit nak menabung untuk anak? Ada ke orang nak beli kalau jual dari rumah?

Ambooooi! :p

Cukup sinis menyapa gegendang telinga. Cukup menghiris dan menyiat-nyiat hati saya pada waktu itu. Maklumlah, masih belum matang menapis masalah untuk ditukar menjadi peluang.

Tahun ini saya menyaksikan lebih ramai rakan-rakan seperjuangan pemegang ijazah, Masters, PhD, yang bergelar guru, saintis, jurutera, doktor, arkitek dan pelbagai jawatan besar, beralih bekerja dari rumah.

Alhamdulillah tahniah. :)

Sejujurnya, saya langsung tidak terkejut walau atas apa pun sebabnya. Masing-masing ada sebab tersendiri yang hanya mampu difahami oleh diri sendiri. Tidak perlu diceritakan kepada orang lain secara terperinci. Manusia hanya mendengar apa yang mereka mahu dengar.

Saya sentiasa pesan kepada diri sendiri. Bekerja di rumah sama sekali tidak menjadikan saya seorang isteri dan ibu yang lebih baik berbanding rakan-rakan yang bekerja di luar.

Bekerja di luar rumah pula tidak semestinya saya akan lebih berduit dan lebih bergaya berbanding mereka yang bekerja hanya di rumah.

Perkara yang sentiasa saya lakukan adalah muhasabah dan semak. Mengapa saya bekerja? Apa keperluan saya bekerja? Apa nilai yang mahu saya beri dengan bekerja?

Dan adakah dengan pilihan pekerjaan dan lokasi bekerja sekarang, memberi lebih banyak kemudahan untuk saya dan keluarga saya?

Bersambung.