27 December 2016

Sayonara 2016

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #100

Bismillaahirrohmaanirrohiim.

Tersenyum sendiri melihat kembali blog ini.

Hampir setahun lamanya dibiar sepi. 2016 dimulakan dengan satu entri. Penutup 2016 juga diakhiri dengan satu entri. :D

Amal Creative dan saya sebenarnya kekal aktif beroperasi. Tetapi saya lebih banyak meluangkan masa di akaun Facebook bisnes. Belajar bagaimana membina personal branding. Juga belajar zero cost marketing dengan strategi online positioning.

Selain itu, saya banyak membaca nota-nota bisnes percuma di Facebook.

Alhamdulillah memang seronok belajar sesuatu yang baru. Selepas belajar, paling penting adalah tindakan kita sendiri. Sama ada mahu mengaplikasikannya ke dunia bisnes atau biarkan saja tanpa bertindak.

Untuk 2017 nanti, insyaAllah saya mesti pastikan saya kembali menulis di blog.

Blog ini secara rasminya akan digunakan untuk berkongsi inspirasi-inspirasi mama bekerja dari rumah. Lebih banyak pengalaman dan tips berguna akan dikongsi.

Nota-nota panduan asas kraf felt pula saya pindahkan ke blog baru amalcreative.com :) Jumpa di sana juga ya. Saya tidak sabar mahu berkongsi lebih banyak tutorial mudah dan ringkas. 

Akhir kata, saya berdoa agar tahun baru 2017 nanti bakal membawa perubahan yang lebih positif untuk saya dan anda semua yang membaca blog ini. InsyaAllah.

Selamat tahun baru 2017! ;)

Nor Amalina Rohaizad
Mama Bekerja Dari Rumah

#InspirasiMBDR

No comments:

Post a Comment