01 January 2016

Selamat Datang 2016

Entri 97

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Alhamdulillah Jumaat pertama tahun baru.

2015 berlalu dengan pantas. Kini 2016 pula muncul tiba. 

Alhamdulillah syukur untuk segala yang dikurniakanNya sepanjang tahun yang berlalu. Didoakan tahun ini adalah tahun yang benar-benar produktif buat diri saya dan anda semua.

Tahun 2016 memerlukan kita lebih berusaha meningkatkan ekonomi keluarga. Jadi apa persediaan kita untuk ini? Bagi ibu-ibu atau isteri-isteri pengurus rumah tangga, mula berbisnes di atas talian atau business online adalah pilihan yang amat baik.

Selain berazam mahu tingkatkan ekonomi keluarga, masukkan juga azam untuk meningkatkan amal ibadat. Jika dulu kita solat tidak tentu masa, tahun ini kita mesti berazam untuk solat di awal waktu.

Lagi satu, tingkatkan juga ilmu pengetahuan. Sama ada ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan rumah tangga dan anak-anak, juga ilmu berkaitan bisnes. Andai mahu hidup senang di dunia, kita hendaklah mempunyai ilmu. Andai mahu hidup senang di Akhirat, juga kita mestilah berilmu.

Salam hormat dari saya,
Nor Amalina Rohaizad :)

No comments:

Post a Comment