03 January 2016

Motivasi Menulis

Entri 99

Teks: Nor Amalina Rohaizad

+ Menulis adalah satu proses yang perlukan latihan supaya mahir.
+ Kemahiran itu terbentuk apabila kita menulis setiap hari tanpa gagal.
+ Jadikan menulis itu satu rutin atau satu ketagihan.

:)

MOTIVASI MENULIS
Sumber: Kelas Asas Blog Dan Penulisan ABDR

+ Mula dengan catatan harian dalam buku nota.
+ Latihan paling asas bagi yang baru mula menulis. 
+ Kemudian pindahkan apa yang ditulis ke dalam blog.

Latihan menulis paling mudah ialah menulis apa aktiviti pada hari tersebut, catatan harian seorang surirumah, seorang pekerja, seorang ibu, seorang usahawan. Tulis apa sahaja aktiviti bermula bangun pagi.


02 January 2016

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Entri 98

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah


ABDR diasaskan oleh pengetuanya Puan Masayu Ahmad, kini seorang kolumnis 'Panduan Bekerja Di Rumah' dalam majalah Mingguan Wanita yang terbit secara mingguan. Beliau sering menerima soalan dan perkongsian dari suri yang mahu mula bekerja di rumah tetapi tidak tahu cara.  Pelbagai dilema telah diluah dan dikongsikan. Memandangkan kebanyakan suri mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal, maka dua kelas online telah diperkenalkan sebagai bimbingan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Alhamdulillah ABDR sedang mara 2000 ahli menuju penghujung 2016.

Pengenalan:

+ ABDR adalah jaringan kumpulan sokongan untuk suri pengurus rumah tangga atau suri bekerjaya. 
+ ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bergelar wahm yang mahu menjana pendapatan hanya dari rumah.
+ ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bekerjaya yang mahu menjana pendapatan secara sampingan.
+ ABDR menjadi platform untuk belajar asas mula bisnes produk fizikal, digital atau servis.
+ ABDR menawarkan bimbingan dan latihan berbisnes di atas talian dengan menggunakan medium pemasaran percuma seperti blog dan Facebook fanpage. 
+ Penyertaan adalah berdasarkan analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu berada di ABDR ini.

Cara-cara untuk menyertai dan menjadi ahli ABDR:
(Boleh pilih salah satu atau ikuti kesemuanya)

1) Mengikuti mana-mana kelas yang ditawarkan.
2) Menjadi pengurus online (rakan niaga).
3) Beriklan di direktori SOHO ABDR.

Untuk menyertai keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah,
boleh mendaftar melalui saya:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Pengurus Online ABDR
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Sms/Whatsapp: 0192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

Ulasan alumni ABDR boleh dibaca di blog utama:
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

01 January 2016

Selamat Datang 2016

Entri 97

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Alhamdulillah Jumaat pertama tahun baru.

2015 berlalu dengan pantas. Kini 2016 pula muncul tiba. 

Alhamdulillah syukur untuk segala yang dikurniakanNya sepanjang tahun yang berlalu. Didoakan tahun ini adalah tahun yang benar-benar produktif buat diri saya dan anda semua.

Tahun 2016 memerlukan kita lebih berusaha meningkatkan ekonomi keluarga. Jadi apa persediaan kita untuk ini? Bagi ibu-ibu atau isteri-isteri pengurus rumah tangga, mula berbisnes di atas talian atau business online adalah pilihan yang amat baik.

Selain berazam mahu tingkatkan ekonomi keluarga, masukkan juga azam untuk meningkatkan amal ibadat. Jika dulu kita solat tidak tentu masa, tahun ini kita mesti berazam untuk solat di awal waktu.

Lagi satu, tingkatkan juga ilmu pengetahuan. Sama ada ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan rumah tangga dan anak-anak, juga ilmu berkaitan bisnes. Andai mahu hidup senang di dunia, kita hendaklah mempunyai ilmu. Andai mahu hidup senang di Akhirat, juga kita mestilah berilmu.

Salam hormat dari saya,
Nor Amalina Rohaizad :)