29 November 2015

Ulasan Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

Entri 94

Teks: Munirah Yusoff
Sumber: http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html

Ketika membaca eBook 101 Idea Home Based Bisnes, saya sedar bahawa ia bukan sekadar senarai biasa. Senarai yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Bisnes Makanan, Bisnes Kreatif dan Bisnes Pendidikan memaparkan informasi yang berguna. Setiap bisnes mempunyai kaedahnya yang tersendiri kerana bukan sekadar bergantung kepada modal semata-mata, tetapi juga kemahiran dalam menguruskan bisnes.

Melalui eBook ini juga, saya mengetahui terdapat banyak kesalahan yang telah saya lakukan ketika mula berbisnes. Bukan sahaja simpanan saya telah habis digunakan selepas saya berhenti kerja, malah terpaksa pula menggunakan duit dividen tahunan sebagai modal berniaga. Namun, saya cuba untuk terus positif untuk menguasai ilmu kewangan dan pemasaran bisnes.

Salah satu idea home based bisnes yang saya dapati, tanpa perlu mengeluarkan modal membina kedai ialah kemahiran dalam bidang komputer. Modal yang saya perlukan hanyalah langganan Internet dan komputer peribadi. Dengan membuat akaun Facebook peribadi dan fan page, saya sudah boleh membuat promosi perkhidmatan yang di sediakan.

Di sini saya mengetahui bahawa kemahiran saya lebih kepada asas pengaturcaraan berbanding memberikan servis teknikal. Ia melibatkan aspek pemahaman serta hands-on yang mudah untuk di pelajari dan di ajar.

Bagi anda yang mempunyai kemahiran teknikal, perkhidmatan seperti format laptop, mencuci kipas (fan) yang berhabuk atau pemeriksaan terhadap masalah laptop adalah antara permintaan tinggi daripada pelanggan. Jika anda berada di kawasan tumpuan pelajar seperti di Universiti atau di rumah sewa, ia menjadi suatu kelebihan. Apabila pelanggan sekitar anda berpuas hati dengan khidmat yang diberikan, ia boleh di jadikan testimoni bagi meningkatkan keyakinan pelanggan baru.

Antara topik yang menarik minat saya di dalam eBook ini ialah Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan. Walaupun sering mendengar kisah-kisah tentang kewibawaan Baginda s.a.w, namun ia dapat di tonjolkan ke dalam teknik perniagaan moden. Dan memahami hukum hakam dalam urusan jual beli bermula dengan diri sendiri bagi mengelakkan kita memakan harta yang haram.

Alhamdulilah saya dapat mencari idea dalam mengembangkan kemahiran yang saya ada. Biarpun terpaksa bermula semula dari bawah, tidak bermakna impian saya untuk berjaya di dalam bisnes sendiri terkubur. :)

Ulasan ebook 101 Idea Home Based Bisnes.

Berkenalan dengan penulis Cik Munirah Yusoff​ yang juga Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah. Boleh dapatkan mana-mana ebook keluaran ABDR melalui beliau. Boleh juga mendaftar kelas-kelas ABDR. Cik Munirah akan bantu berikan maklumat lanjut.

10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

Entri 93

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah


EBOOK 10 LANGKAH MUDAH BINA KEDAI ONLINE EDISI 1

Ebook panduan asas khusus untuk suri atau sesiapa sahaja yang mencari bacaan untuk asas bisnes dari rumah dan bisnes skala kecil.

Fokus utama adalah mula modal minima dan menggunakan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada.

Panduan ini disertakan bersama perkongsian pengalaman usahawan yang sudah pun bermula dengan tanpa modal, bermula dengan dropship dan juga bermula dengan modal permulaan yang rendah. 

Sudah tentu sekali ia memberi panduan awal apa yang boleh dan apa yang membantu daripada kerugian awal. ;)

Isi kandungan ebook:

Bab 1: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 2: Asas Pemasaran Online
Bab 3: Bisnes Konvensional
Bab 4: Modal Bukan Faktor Utama
Bab 5: Mula Modal Minima
Bab 6: Dropship
Bab 7: Memaksimakan Pemasaran Percuma
Bab 8: Asas Kedai Online 

Boleh dapatkan ebook ini dalam pakej promo November bersama 3 ebook yang lain: Belajar Asas Blog, 101 Idea Home Based Bisnes dan Panduan Mula Bisnes Butik. 

Atau dapatkannya sebagai ebook bonus dengan mendaftar sebagai pelajar penulisan blog Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR); Kelas Asas Blog dan Penulisan atau/dan Kelas Asas Mula Bisnes Online. 

Boleh pm saya di inbox atau whatsapp 019 211 1934 untuk pertanyaan lanjut.

16 November 2015

Tips Penulisan Berpengaruh

Entri 92

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Didoakan hari ini hari produktif buat kita semua.

Lintas langsung dari Kelas Asas Blog dan Penulisan ABDR:

+ Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu, pengalaman benar adalah kisah teladan realistik.

+ Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kisah, ia dapat mengubah pandangan dan memberi pengajaran dalam satu sisi yang lain.

+ Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

Sumber ebook Belajar Asas Blog.
Ebook bonus yang akan diterima oleh setiap pelajar kelas blog Akademi Bekerja Di Rumah.

Mahu belajar lebih banyak teknik penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran? 

Boleh hubungi saya di:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox

09 November 2015

Persediaan Menyertai Booth Malaysia Children Islamic Fair 2015

Entri 91

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Dari kecil hingga sekarang, anak ini memang ringan tulang. Alhamdulillah. Sentiasa menghulurkan bantuan walau tanpa dipinta. Foto di atas adalah foto malam tadi. Muhammad Wafiy membantu Mama mengasingkan buttons untuk Mama gamkan di atas flash felt.

Sebenarnya tugasan ini agak memeningkan kepala saya. Ditambah pula dengan jumlahnya yang agak banyak dan mengambil masa saya yang amat bernilai seperti emas.

Elok juga saya agihkan tugasan ini kepada Wafiy. Antara aktiviti yang bagus untuk kanak-kanak. Belajar mengasingkan butang mengikut kategori haiwan. Juga anak-anak dapat belajar mengira.

Baik, untuk pengetahuan semua pembaca yang saya hormati, insyaAllah stok flash felt nombor dengan butang istimewa ini bakal berada di Malaysia Islamic Children Fair 2015 hujung November ini di SACC Mall Shah Alam. Harga jualan akan diumumkan nanti. ;)

Memaksimakan Pemasaran Percuma

Entri 90

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah

MEMAKSIMAKAN PEMASARAN PERCUMA
(Rujukan ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online)

Ada banyak cara untuk menggunakan peluang memulakan bisnes tanpa perlu mengeluarkan modal. Kebanyakan usahawan baru terlalu fokus kepada tidak ada modal, tidak ada pengalaman dan tidak tahu untuk bermula dari mana.

Berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk bermula:

1. Kenalpasti dahulu apa minat yang boleh dijadikan satu permulaan untuk berniaga.

Cik Amal: Anda minat dan ada kemahiran menjahit? Apakah jenis jahitan yang anda mahir? Kraf felt? Jahitan beg? Jahitan baju bayi dan kanak-kanak? Jahitan jubah dewasa? Jahitan seluar? Jahitan langsir? Sulaman? Quilting? Anda boleh jadikan bisnes jahitan kreatif ini sebagai bisnes pertama. Jika mahu mula bisnes kraf felt, boleh dapatkan khidmat nasihat dari saya sendiri atau baca asas jahitan kreatif ini di blog noramalinarohaizad.blogspot.my ;)

2. Kenalpasti siapa pelanggan dan apa produk.

Cik Amal: Golongan yang paling kerap membeli belah secara online adalah dari golongan ibu bekerjaya. Ibu suri pengurus rumah tangga juga tidak kurangnya. Kerap melayari internet untuk mencari bahan bantu belajar untuk anak-anak. Jadi buatlah sedikit penyelidikan dan ambillah peluang ini untuk menghasilkan produk-produk yang sentiasa mendapat permintaan dari golongan ini.

3. Fokus kepada pemasaran.

Cik Amal: Pemasaran bukan sekadar menjual dan memperkenalkan jualan. Kenalpasti kehendak, keperluan dan permintaan pelanggan. Trend pelanggan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Pelanggan perlu kenal dan faham produk yang ditawarkan. Kaedah promosi yang berkesan dan memberi impak signifikan amat diperlukan supaya mendapat perhatian pelanggan. Seterusnya barulah mereka cenderung untuk membeli.

4. Tidak mengeluarkan produk. Tetapi belajar untuk memasakan produk yang sudah sedia ada di pasaran. Kuasai pemasaran asas yang sangat membantu pemasaran produk dan bisnes.

Cik Amal: Jika anda tiada kemahiran atau bakat tertentu yang boleh dijadikan bisnes pertama, usah khuatir. Mulakan dengan belajar memasarkan produk orang lain yang sedia ada  dan sememangnya sudah laku keras di pasaran. Belajar bagaimana untuk mendapatkan RM1 pertama, diikuti RM10 pertama, RM100 pertama dan RM1000 pertama anda. Kemahiran ini perlukan ilmu dan perlu dilakukan secara konsisten sebelum membuahkan hasil.

Kuasai pemasaran asas yang sangat membantu pemasaran produk dan bisnes.

BLOGSPOT

Salah satu tapak awal yang boleh digunakan untuk mempromosi bisnes dan produk. Kenalpasti produk dan kenalpasti siapa pembaca atau pelanggan. Blogspot boleh dijadikan sebagai medium asas pemasaran yang boleh diterokai usahawan yang masih baru. Ia bukan sahaja sebagai tapak pemasaran, malah ia boleh digunakan sebagai agen pemasaran percuma yang memberikan impak luar biasa. Blogspot boleh dijadikan sebagai diari bisnes untuk usahawan dan juga boleh digunkan untuk membina kedai online. Kosnya adalah percuma dan boleh digunakan secara berterusan selagi mana ia sampai kepada sasaran pembaca atau pelanggan.

FACEBOOK

Salah satu trend adalah membina hubungan dan jaringan dengan lebih ramai pengguna yang menggunakan laman sosial ini untuk berhubung dan menjejaki lebih ramai kawan. Facebook juga sesuai bagai usahawan yang masih baru dan mahu belajar berjualan secara online. Ramai yang sudahpun mendapat impak positif hasil memasarkan produk melalui facebook.

Kami di Akademi Bekerja Di Rumah, aktif menganjurkan kelas asas blog penulisan dan kelas asas mula bisnes online untuk para suri pengurus rumah tangga serta suri bekerjaya. Blog dimanfaatkan sebagai medium pemasaran percuma. Pelajar kelas dilatih bagaimana mahu menjana pendapatan dari blog melalui cara penulisan yang berkesan. Bagi suri yang masih belum punya produk, ABDR menyediakan beberapa pilihan produk servis dan digital. Juga ABDR menawarkan dropship beberapa jenis produk.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kelas yang ABDR anjurkan, 
bolehlah hubungi saya melalui:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

01 November 2015

November 2015 Yang Produktif

Entri 89

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Menuju penghujung 2015.
Semak kembali azam dan matlamat tahun ini.

Adakah semuanya sudah dicapai?
Masih ada 2 bulan untuk tingkatkan pecutan.

Hari-hari fikir macam mana nak tambah pendapatan.
Hari-hari fikir cara nak promosikan produk.
Hari-hari fikir cara nak tarik pelanggan.
Tapi buntu, tak tahu nak mula.

Nampak orang lain buat bisnes macam senang.
Macam lebat saja duit yang masuk.

Tahukah anda, 
Mereka semua telah melalui fasa perjalanan yang mencabar.
Ramai yang telah berkongsi pengalaman.
Ambil iktibar dan belajarlah dari mereka.

Saya akui, perjalanan bisnes menuntut pengorbanan yang tinggi.
Lebih-lebih lagi andai mahu menjadi wahm.
Anda perlu bijak bahagi masa antara keluarga dan bisnes.
Menguruskan masa perlukan latihan yang bukan sehari dua.

Sambung coretan nanti.