13 October 2015

Ulasan Kelas Asas Penulisan dan Blog

Entri 85

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF, AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)


Alhamdulillah saya dapat menyelesaikan latihan penulisan 44 entri ketika cuti semester. Ketika mendaftar melalui salah seorang rakan, Puan Noramalina Rohaizad (saya bahaskan Kak Amal) awal September lalu, saya sedang sibuk dengan peperiksaan akhir pengajian Ijazah. Walaupun tergendala sebentar, tetapi tiada paksaan kerana saya diberi peluang mendahulukan peperiksaan.

       Sejujurnya sudah lama melihat status Facebook Kak Amal muncul di Timeline saya. Bukan tidak berminat, tapi agak berkira untuk mengeluarkan modal mengikuti kelas penulisan.Mindset yang mengatakan bahawa ‘penulisan boleh dipelajari sendiri, dunia di hujung jari sahaja’ sering berlegar-legar di fikiran. Sudahnya memang tidak berjalan atau tiada hasil pun.

       Dalam berkira-kira itu, baru saya teringat wishlist tahun 2015 iaitu ‘365 hari, RM 3 sehari’. Saya membuat simpanan sebagai modal tahun hadapan (2016) jika mahu berniaga. Jadi, tidak salah jika saya katakan bahawa mengikuti kelas bisnes juga satu pelaburan.

PENULISAN AWAL

     Melalui analisa awal 8 perkara yang perlu di jawab; pengalaman kerja, pengalaman bisnes, kemahiran dan matlamat antara yang memberi kesan cukup mendalam bagi saya. Analisa inilah yang membantu saya untuk fokus menulis.

       Mengingati tanpa menulis, kita akan lupa. Membaca tanpa beramal, ilmu akan hilang. Hari ini kita belajar, mungkin esok kita tidak ingat. Itu yang saya terfikir ketika mengikuti kelas penulisan ini. Apabila saya sudah fokus pada matlamat, di bantu pula dengan pengalaman yang saya ada, perasaan teruja untuk berkongsi itu sangat tinggi.


PEMBELAJARAN

Setiap hari saya menulis berdasarkan label yang di tetapkan (Catatan Harian, Catatan PengalamanTips Mudah IT, Tips Praktikal IT) , dipecahkan kepada 1 label 10 entri. Dengan berpandukan gambar mengikut tajuk entri, baru saya sedar rupa-rupanya banyak perkara yang membantu penulisan saya. Gambar-gambar semasa saya berniaga atau bekerja memudahkan cerita untuk di sampaikan.

Pemantauan serta motivasi oleh Puan Masayu Ahmad dan Kak Amal juga melatih diri untuk konsisten dan menulis dengan baik.



Bukan sahaja konsisten dan disiplin itu penting, kualiti dan teknik penyampaian juga di titik beratkan. Jadi tidak hairanlah jika cikgu-cikgu di ABDR mengingatkan pelajar ‘Sentiasa ada buku nota untuk catatan ringkas sebelum menulis di blog. ‘

MANFAAT KELAS
  • Matlamat membantu kita untuk fokus.
  • Catatan ringkas membantu kita untuk mengembangkan lagi idea.
  • Pengalaman membantu kita untuk berkongsi kisah dan membantu mereka yang menghadapai masalah serupa dengan kita.
  • Penulisan yang bagus, teratur dan padat mampu menarik minat pembaca untuk terus membaca.
  • Yang penting, jangan banyak alasan. ^_^

BERBAHAGIALAH JIKA BERGURU

Terima kasih kepada Kak Amal yang menjadi mentor saya (secara senyap-senyap tanpa diketahui ^_^). Terima kasih juga kepada Puan Masayu Ahmad, dengan status di Facebookyang kadang kala menyentap hati supaya pelajar terus fokus, konsisten dan berdisplin. Akhir kata, berbahagialah hidup dengan ilmu jika berguru. Amminnnn.

No comments:

Post a Comment