17 September 2015

Jahitan Asas Kraf Felt

Entri 61

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad

Jenis jahitan asas terbahagi kepada dua:

(1) Jahitan sementara
Jelujur halus, jelujur kasar dan jelujur serong.

(2) Jahitan kekal
i) jahitan penyambung: jahitan kia, jahitan halus dan jahitan mesin.
ii) jahitan pengemas: sembat halus, sembat susup, jahitan insang pari, jahitan silang pangkah dan jahitan lilit ubi.
iii) jahitan hiasan: jahitan sulaman, jahitan quilting dan jahitan tampal hias.

Untuk menjahit kraf felt sebenarnya adalah mudah dan tidak sesukar yang disangka. Kita hanya perlu mengetahui 4 jenis jahitan asas ini:


1) Jahitan kia
2) Jahitan jelujur
3) Jahitan insang pari
4) Jahitan sembat

Kebanyakan daripada kita biasanya sudah pun mendapat pendedahan awal dan mempelajari keempat-empat jenis jahitan ini sewaktu di sekolah menengah.

Untuk mendapatkan jahitan yang benar-benar halus, cantik dan kemas, kita perlu kerap berlatih agar lebih mahir. Maksudnya di sini, perlu selalu menjahit untuk mendapatkan rentaknya.

Dalam entri seterusnya nanti, saya akan kongsikan langkah demi langkah 4 jenis jahitan asas ini. Setelah mahir kesemuanya, yang diperlukan hanyalah idea dan kreativiti tersendiri untuk menghasilkan pelbagai produk kraf felt.

No comments:

Post a Comment