03 September 2015

1 Usahawan Seni Kreatif, 1 Blog.

Entri 57

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Blog masakan dan blog resepi sudah ada banyak sangat.
Taip saja di enjin carian, beratus-ratus blog tempatan keluar.

Blog kraftangan?
Blog jahitan?

Berapa banyak blog sebegini yang ditulis dalam bahasa kebangsaan?

Rakan-rakan usahawan seni kreatif sekalian,

Mahukah kita sama-sama memeriahkan dunia online dengan hasil tulisan dan hasil kerja kita?
Mahukah kita kongsi serba sedikit kemahiran dan pengetahuan yang kita ada untuk memberi manfaat kepada orang lain?

Asyik kongsi blog dari luar negara saja.
Kita sendiri, bila mahu mula menulis?

1 usahawan seni kreatif, 1 blog.
Boleh macam ni? 

1 comment:

  1. betul, sya terfikir benda yang sama juga sejak semalam. pagi ni , buka pc terus search blog seni kreatif

    ReplyDelete