13 August 2015

Setahun Sebelum Bersama ABDR

Entri 54

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)


Tahun lepas di bulan yang sama, saya berulang kali membelek blog puan guru saya, Puan Masayu Ahmad. Hati teringin benar mahu sertai ABDR.

Rasa (perasan betul) sudah mahir berblog. Maklumlah penglibatan dalam dunia blog bermula sejak di bangku sekolah lagi. Namun saya dapat rasa masih ada kekurangan di sana sini. Tidak pasti apa.

Dengan perut memboyot berisi kandungan berusia 7 bulan setengah, saya nekad mahu sertai Kelas Asas Penulisan dan Blog di bawah bimbingan Puan Masayu.

Gigih dan seronok malam-malam saya menulis menyiapkan tugasan yang diberi. Ibu mengandung trimester ketiga kan agak sukar lelapkan mata.

Kenangan betul.
:)

2 comments:

  1. hi amal! lama sangat tak jenguk dunia blog.. tak tau la kenapa sibuk sangat.. tahniah amal dah jadi cikgu ABDR :-). kak shye nak start-start guna barangan kraf felt nih.. nak kena usha-usha tutorial amal ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Shyeeee ;) Salah faham tuuu.. Jadi pengurus online lah. Jom jahit felt. InsyaAllah akan kongsi lagi banyak tutorial.

      Delete