22 August 2015

Persiapan Merdeka Sale 2015

Entri 55

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative


Peluang itu perlu dicipta.
Bukannya ditunggu.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Hari kedua saya packing buttons untuk edisi khas Amal Creative MERDEKA SALE. Seronok bila dapat bergelumang bermain-main dengan butang beraneka warna dan design. 

Boleh menjadi terapi minda. 
Menjadi antara aktiviti yang ideal juga bagi saya di masa 'me time'.

13 August 2015

Setahun Sebelum Bersama ABDR

Entri 54

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)


Tahun lepas di bulan yang sama, saya berulang kali membelek blog puan guru saya, Puan Masayu Ahmad. Hati teringin benar mahu sertai ABDR.

Rasa (perasan betul) sudah mahir berblog. Maklumlah penglibatan dalam dunia blog bermula sejak di bangku sekolah lagi. Namun saya dapat rasa masih ada kekurangan di sana sini. Tidak pasti apa.

Dengan perut memboyot berisi kandungan berusia 7 bulan setengah, saya nekad mahu sertai Kelas Asas Penulisan dan Blog di bawah bimbingan Puan Masayu.

Gigih dan seronok malam-malam saya menulis menyiapkan tugasan yang diberi. Ibu mengandung trimester ketiga kan agak sukar lelapkan mata.

Kenangan betul.
:)

12 August 2015

Kongsi Perkara Yang Memberi Manfaat

Entri 53

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Buat bisnes kraf felt,
Tulis dan kongsi teknik jahitan felt keychain di blog.

Buat bisnes kek,
Tulis dan kongsi resepi kek mudah dan sedap di blog.

Buat bisnes perfume ,
Tulis dan kongsi panduan memilih perfume di blog.

Hanya beberapa contoh.

Tulis dan kongsi perkara yang pembaca suka dan mahu baca.
Tulis dan kongsi perkara yang memberi manfaat kepada pembaca.

Lebih banyak tips dan panduan menulis di Kelas Asas Blog dan Penulisan. 
Kami menerima pendaftaran setiap hari bagi pelajar yang sudah bersedia.

11 August 2015

Nama Sebenar Bantu Tingkatkan Kepercayaan Pelanggan

Entri 52

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Menggunakan nama sebenar di blog atau Facebook boleh membantu meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan.

Menggunakan foto wajah sebenar di blog atau Facebook juga boleh memberi impak yang sama.

Pelanggan lebih senang berurusan dengan penjual yang mereka yakini 'wujud' di alam nyata.

10 August 2015

Syukur Selalu

Entri 51

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Pengalaman baru setiap hari, setiap kali.

Adakala kita meminta, Allah terus beri.
Adakala kita meminta, Allah tangguhkan dahulu.
Adakala kita belum sempat meminta, Allah sudah beri dahulu.
MashaAllah tabarokallah.

Allah lah yang paling tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Syukur selalu!

:)

09 August 2015

Perbezaan Kelas Asas Blog dan Penulisan dengan Kelas Asas Mula Bisnes Online

Entri 50

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Soalan: 
Apa beza Kelas Asas Blog dan Penulisan dengan Kelas Asas Mula Bisnes Online?

Jawapan:
Berikut adalah butiran lengkap kelas-kelas tersebut.

Kelas Asas Blog dan Penulisan

1. Belajar asas blog (blogspot).
2. Belajar menulis FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9. Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.

Kelas Asas Mula Bisnes Online

1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan atau produk kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk suri yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk? ABDR menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.

Sudah bersedia dan mahu menyertai ABDR?
Hubungi saya untuk pertanyaan dan pendaftaran.

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Sms/Whatsapp: 0192111934
Boleh juga pm di Facebook inbox.

06 August 2015

Akademi Bekerja Di Rumah

Entri 49

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Sejarah ABDR:

ABDR diasaskan oleh pengetuanya Puan Masayu Ahmad, kini seorang kolumnis 'Panduan Bekerja Di Rumah' dalam majalah Mingguan Wanita yang terbit secara mingguan. Beliau sering menerima soalan dan perkongsian dari suri yang mahu mula bekerja di rumah tetapi tidak tahu cara.  Pelbagai dilema telah diluah dan dikongsikan. Memandangkan kebanyakan suri mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal, maka dua kelas online telah diperkenalkan sebagai bimbingan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Alhamdulillah ABDR sedang mara 2000 ahli menuju penghujung 2015.

Pengenalan:
  • ABDR adalah jaringan kumpulan sokongan untuk suri pengurus rumah tangga atau suri bekerjaya. 
  • ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bergelar wahm yang mahu menjana pendapatan hanya dari rumah.
  • ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bekerjaya yang mahu menjana pendapatan secara sampingan.
  • ABDR menjadi platform untuk belajar asas mula bisnes produk fizikal, digital atau servis.
  • ABDR menawarkan bimbingan dan latihan berbisnes di atas talian dengan menggunakan medium pemasaran percuma seperti blog dan Facebook fanpage. 
  • Penyertaan adalah berdasarkan analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu berada di ABDR ini.

Cara-cara untuk menyertai dan menjadi ahli ABDR:
(Boleh pilih salah satu atau ikuti kesemuanya)
1) Mengikuti mana-mana kelas yang ditawarkan.
2) Menjadi pengurus online (rakan niaga).
3) Beriklan di direktori SOHO ABDR.

Pilihan kelas ABDR:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas mula bisnes online.
3. Kelas asas wordpress.
4. Kelas asas urus akaun wahm/soho.
5. Kelas penulisan ebook pertama.
6. Kelas beriklan dengan instagram.

Pilihan pakej ABDR lain:
1. Pendaftaran pengurus online (rakan niaga) ABDR.
2. Pendaftaran iklan di direktori SOHO ABDR.

3 produk utama ABDR:
1. Kelas online (produk servis)
2. E-book (produk digital)
3. Pakej sewa tapak iklan (produk servis)

Apabila Puan/Cik Puan sudah bersedia untuk menyertai keluarga besar kami, 
dijemput mendaftar dengan saya melalui:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Sms/Whatsapp: 0192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

Ulasan alumni ABDR boleh dibaca di blog utama:
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/