22 April 2015

40 Kata Kunci Berkaitan Felt

Entri 47

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Senarai carian popular panduan kraftangan felt:
  1. kraf felt
  2. kraf felt malaysia
  3. kraftangan felt
  4. seni kreatif felt
  5. panduan menjahit felt
  6. panduan kraf felt
  7. tutorial kraf felt
  8. tutorial felt brooch
  9. tutorial penanda buku felt
  10. tutorial rantai kunci felt
  11. tutorial bunga dari felt
  12. tutorial felt
  13. tutorial id card holder dari felt
  14. tutorial bingkai gambar felt
  15. tutorial bunga tangan felt
  16. tutorial felt flash card
  17. cara jahit kraf felt
  18. langkah demi langkah jahitan felt
  19. diy felt
  20. projek seni felt
  21. projek felt kanak-kanak
  22. idea kraf felt untuk kanak-kanak
  23. kain felt
  24. perbezaan 
  25. polyester felt
  26. acrylic felt
  27. pembekal kain felt
  28. pek permulaan kraf felt
  29. felt craft starter kit
  30. pek diy kraf felt
  31. ebook kraf felt
  32. buku kraf felt
  33. template kraf felt
  34. pola kraf felt
  35. bisnes kraf felt
  36. tempahan kraf felt
  37. kelas kraf felt
  38. bengkel kraf felt
  39. nor amalina rohaizad
  40. amal creative

09 April 2015

Kelas Asas Blog dan Penulisan

Entri 46

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Pendaftaran Kelas Asas Blog dan Penulisan dibuka setiap hari.


Apa yang kita bakal pelajari dalam kelas ini?
1) Belajar menulis blog berpengaruh.
2) Belajar menulis dengan idea yang berterusan dan konsisten.
2) Belajar menulis mengikut fokus produk.
3) Belajar menulis entri yang menarik lebih ramai rakan dan trafik.

Setiap pelajar yang menyertai kelas ini akan dibekalkan ebook:
Belajar Asas Blog.

Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook Pertama

Mahu menulis blog dan menukar pembaca menjadi pelanggan?
Mahu bergabung berjamaah bersama kami di Akademi Bekerja Dari Rumah?
Mahu menjana pendapatan dengan hanya dari rumah?

Ketahui caranya.
Hubungi saya untuk pendaftaran hari ini.

05 April 2015

Tutorial Felt 6: Kad Imbas Felt atau Felt Flash Card

Entri 45

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketika ke udara secara langsung dalam rancangan Assalamualaikum Tv Al-Hijrah pada Februari 2015 yang lepas, saya telah menunjukkan sepintas lalu langkah-langkah menghasilkan kad imbas dari kain felt. Setelah itu, ramai yang menghubungi saya melalui Facebook, sms mahupun email, memohon saya kongsikan semula secara bertulis dan dengan lebih terperinci tutorialnya.

Bahan-bahan dan peralatan yang digunakan:
  • Kain polyester felt pelbagai warna (seeloknya ketebalan 1.4mm).
  • Gam UHU atau gam tembak.
  • Pembaris.
  • Pen atau pensel penanda.
  • Pensel.
  • Kertas.
  • Gunting.
  • Plier.
  • Eyelet plier.
  • Rantai bebola (ball chain).
  • Benang.
  • Jarum.

Langkah-langkah menghasilkannya:

1) Potong dua keping kain felt bersaiz 4 inci x 3 inci.
2) Cantum kedua-dua kain dengan meletakkan sedikit gam di bahagian tengah kain supaya susunannya tidak lari semasa dijahit. Jahit keliling kain dengan menggunakan jahitan kia atau jahitan insang pari. Ketepikan.
3) Lukis pola huruf di atas sekeping kertas keras. Guntingkan pola.
4) Tekap pola di atas sehelai kain felt berwarna kontra dengan felt yang dipotong awal tadi. Gunakan pen atau pensel penanda.
5) Gunting huruf yang telah ditanda di atas felt tadi.
6) Lekatkan huruf tersebut di atas kain felt yang telah dicantum jahit awal tadi.
7) Tebuk hujung felt dengan menggunakan plier.
8) Masukkan eyelet di dalam lubang. Kemudian tekan rapat eyelet dengan menggunakan plier.
9) Ulang langkah 1 hingga 8 untuk huruf atau nombor yang berbeza.
10) Rantai bebola boleh dipasang pada lubang eyelet supaya felt imbas dapat disusun atau disimpan setelah selesai belajar.

Tips Tambahan Mudah:
  • Langkah 2 boleh dijahit dengan menggunakan mesin jahit. Lebih menjimatkan masa dan tenaga.
  • Langkah 3 boleh dilakukan dengan mencetak huruf atau nombor dari komputer. Pelbagai jenis font boleh dipilih mengikut kesesuaian sesi pembelajaran.
  • Jika mempunyai mesin pemotong felt Big Shot, anda boleh menggunakan dies berbentuk segiempat tepat atau dies bulat untuk memotong bahagian badan kad.
  • Huruf atau nombor pada kad pula boleh dipotong menggunakan dies huruf dan dies nombor. Amat menjimatkan masa.


Bagi anda yang pertama kali mendengar tentang kain felt dan tidak tahu di mana mahu mencarinya, mudah saja. Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan warna felt berkualiti dari Facebook Page Amal Creative atau www.amalcreative.com.my kemudian email atau sms/whatsapp saya di 0192111934 untuk pesanan. Mesin Big Shot dan mata pemotongnya juga boleh dapatkannya dari kami.


Jika ada sebarang pertanyaan dari pengunjung blog, anda boleh tinggalkan pesanan di ruangan komen. InsyaAllah saya berbesar hati untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang sedikit ini bersama. Selamat mencuba menghasilkan felt flash card anda sendiri. :)

02 April 2015

Ulasan Kelas Asas Penulisan dan Blog

Entri 44

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah


Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah akhirnya 44 entri latihan penulisan berjaya disudahkan. Pelbagai cabaran dan kekangan masa dihadapi, namun saya berusaha segenap daya untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan pada pertengahan Ogos 2014 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Masayu yang sentiasa memberi motivasi dan bimbingan.

Sebelum menjadi pelajar ABDR, saya sudah pun mempunyai blog khas untuk bisnes kraftangan felt namun blog itu sering dibiarkan dan jarang dikemaskini. Tidak terlintas langsung di fikiran ini bahawa guru saya Puan Masayu akan menyarankan saya fokus menulis tentang seni kraf setelah beliau membuat analisa minat dan kemahiran pelajarnya. Bezanya kali ini, saya membuat penjenamaan melalui nama saya sendiri.

Alhamdulillah ternyata saranan Puan Masayu amat kena pada masanya dan banyak memberi manfaat kembali kepada diri saya. Masuk entri kelima, saya mula jelas kebaikan menulis perkongsian di blog. Dalam masa 2 bulan sahaja, bilangan followers di halaman Facebook meningkat sebanyak lebih 1000 orang tanpa perlu saya membeli iklan untuk tujuan promosi. Bilangan pelanggan dan bakal pelanggan juga meningkat secara serentak. Itulah daya tarikan perkongsian yang memberi manfaat.

Saya sukakan konsep Kelas Asas Penulisan dan Blog di ABDR. Waktu belajar sentiasa fleksibel, amat sesuai dengan situasi saya sebagai ibu yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan dalam masa yang sama sibuk mengusahakan bisnes dari rumah. Saya bebas berkomunikasi dengan Puan Masayu melalui peti mel dan biasanya soalan-soalan saya akan direspons kurang dari 24 jam. 

Di kelas ABDR juga tiada tekanan dan desakan untuk menghabiskan tugasan. Semuanya atas tanggungjawab dan kesedaran pelajar itu sendiri untuk menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Pelajar dilatih menulis catatan setiap hari di dalam buku nota agar momentum untuk menulis itu sentiasa ada. Catatan di buku nota itu seterusnya akan dijadikan idea dan rangka penulisan di blog. 

Setiap entri pelajar akan dibaca dan disemak oleh guru. Walaupun kelas ini diadakan secara atas talian, perbincangan antara guru dan pelajar sentiasa berlangsung walaupun tidak bertemu 4 mata. Puan Masayu sentiasa memberi idea, tips dan panduan agar penulisan blog mampu menarik minat ramai pembaca. ABDR terdiri daripada lebih 1000 orang blogger yang berkongsi pautan. Ini secara tidak langsung membantu aliran trafik ke blog.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih sekali lagi buat pasukan ABDR dan guru saya Puan Masayu Ahmad khususnya yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Didoakan segala ilmu dan perkongsian di dalam kelas bakal menjadi saham pahala di Akhirat kelak. Langkah saya yang seterusnya, ebook! Mohon doa kalian agar tahun ini saya punya kelapangan waktu untuk berjaya menulis sekurang-kurangnya 2 buah ebook berkaitan bisnes kraftangan felt. :) InsyaAllah.