10 December 2015

Tips Atasi Kedutan Pada Kain Felt

Entri 96

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak apabila membeli kain felt, tak kira lah felt lembut atau felt keras, keadaan kain yang anda terima kelihatan berkedut atau berlipat-lipat? Apakah perasaan anda apabila menerimanya?


Apa pun perasaan ketika itu, tarik nafas dan bertenanglah.

Tak ada masalah pun sebenarnya kalau kain felt ada kesan lipatan atau kedutan. Sama seperti kain lain, kain felt juga boleh diseterika. 

Material felt mempunyai kemungkinan untuk mengecut apabila terkena haba yang tinggi. Jadi seeloknya, gunakanlah suhu sederhana panas untuk menyeterika kain felt.


Harapnya selepas mengetahui info ini, anda tak lagi runsing jika menerima keadaan kain felt sebegini. Boleh diseterika menjadi licin dan kemudian boleh lah digunakan setiap inci kain tersebut tanpa merasa rugi.

Kepada pembekal kain felt pula, sebelum menghantar kain kepada pelanggan, seeloknya periksa dahulu kondisi kain. Berikan yang terbaik buat pelanggan. Pesanan dan peringatan ini saya tujukan khas buat diri saya sendiri.

Saya faham kadangkala stok kain yang kita borong itu sendiri pun berkedut dan berlipat. Tapi ada baiknya jika kita luangkan sedikit masa untuk seterika sedikit kain felt tersebut sebelum berikannya kepada pelanggan.

Pelanggan yang gembira akan berulang kali membeli dari kita.
Siapa yang untung? Sama-sama untung, Alhamdulillah. :)

Salam Jumaat.

06 December 2015

Disember Bulan Cuti Sekolah

Entri 95

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. 

Disember adalah bulan cuti sekolah. Ramai di kalangan ibu bapa biasanya akan mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Inilah masanya anak-anak dibawa pergi melancong ke pelbagai destinasi sama ada di dalam atau di luar negara.

Anak-anak saya masih belum bersekolah rendah. Cuti sekolah atau tidak, sama sahaja. Tetapi bulan ini saya mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada bisnes jahitan. Cuti lagi? Soal beberapa orang rakan. Saya hanya membalas dengan senyuman.

Sebenarnya anak bukan alasan rehat berbisnes. Cuma saya sebagai ibu, saya kerapkali berasa tidak senang menumpukan aktiviti bisnes di saat anak-anak aktif mahu belajar meneroka alam. Saya mahu sentiasa sediakan diri untuk bersama-sama mereka. :)

Renung kembali apakah yang mendorong saya menjadi wahm?
Ya, anak-anak. Jadi saya mesti utamakan anak-anak. ;)

29 November 2015

Ulasan Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

Entri 94

Teks: Munirah Yusoff
Sumber: http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html

Ketika membaca eBook 101 Idea Home Based Bisnes, saya sedar bahawa ia bukan sekadar senarai biasa. Senarai yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Bisnes Makanan, Bisnes Kreatif dan Bisnes Pendidikan memaparkan informasi yang berguna. Setiap bisnes mempunyai kaedahnya yang tersendiri kerana bukan sekadar bergantung kepada modal semata-mata, tetapi juga kemahiran dalam menguruskan bisnes.

Melalui eBook ini juga, saya mengetahui terdapat banyak kesalahan yang telah saya lakukan ketika mula berbisnes. Bukan sahaja simpanan saya telah habis digunakan selepas saya berhenti kerja, malah terpaksa pula menggunakan duit dividen tahunan sebagai modal berniaga. Namun, saya cuba untuk terus positif untuk menguasai ilmu kewangan dan pemasaran bisnes.

Salah satu idea home based bisnes yang saya dapati, tanpa perlu mengeluarkan modal membina kedai ialah kemahiran dalam bidang komputer. Modal yang saya perlukan hanyalah langganan Internet dan komputer peribadi. Dengan membuat akaun Facebook peribadi dan fan page, saya sudah boleh membuat promosi perkhidmatan yang di sediakan.

Di sini saya mengetahui bahawa kemahiran saya lebih kepada asas pengaturcaraan berbanding memberikan servis teknikal. Ia melibatkan aspek pemahaman serta hands-on yang mudah untuk di pelajari dan di ajar.

Bagi anda yang mempunyai kemahiran teknikal, perkhidmatan seperti format laptop, mencuci kipas (fan) yang berhabuk atau pemeriksaan terhadap masalah laptop adalah antara permintaan tinggi daripada pelanggan. Jika anda berada di kawasan tumpuan pelajar seperti di Universiti atau di rumah sewa, ia menjadi suatu kelebihan. Apabila pelanggan sekitar anda berpuas hati dengan khidmat yang diberikan, ia boleh di jadikan testimoni bagi meningkatkan keyakinan pelanggan baru.

Antara topik yang menarik minat saya di dalam eBook ini ialah Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan. Walaupun sering mendengar kisah-kisah tentang kewibawaan Baginda s.a.w, namun ia dapat di tonjolkan ke dalam teknik perniagaan moden. Dan memahami hukum hakam dalam urusan jual beli bermula dengan diri sendiri bagi mengelakkan kita memakan harta yang haram.

Alhamdulilah saya dapat mencari idea dalam mengembangkan kemahiran yang saya ada. Biarpun terpaksa bermula semula dari bawah, tidak bermakna impian saya untuk berjaya di dalam bisnes sendiri terkubur. :)

Ulasan ebook 101 Idea Home Based Bisnes.

Berkenalan dengan penulis Cik Munirah Yusoff​ yang juga Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah. Boleh dapatkan mana-mana ebook keluaran ABDR melalui beliau. Boleh juga mendaftar kelas-kelas ABDR. Cik Munirah akan bantu berikan maklumat lanjut.

10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

Entri 93

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah


EBOOK 10 LANGKAH MUDAH BINA KEDAI ONLINE EDISI 1

Ebook panduan asas khusus untuk suri atau sesiapa sahaja yang mencari bacaan untuk asas bisnes dari rumah dan bisnes skala kecil.

Fokus utama adalah mula modal minima dan menggunakan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada.

Panduan ini disertakan bersama perkongsian pengalaman usahawan yang sudah pun bermula dengan tanpa modal, bermula dengan dropship dan juga bermula dengan modal permulaan yang rendah. 

Sudah tentu sekali ia memberi panduan awal apa yang boleh dan apa yang membantu daripada kerugian awal. ;)

Isi kandungan ebook:

Bab 1: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 2: Asas Pemasaran Online
Bab 3: Bisnes Konvensional
Bab 4: Modal Bukan Faktor Utama
Bab 5: Mula Modal Minima
Bab 6: Dropship
Bab 7: Memaksimakan Pemasaran Percuma
Bab 8: Asas Kedai Online 

Boleh dapatkan ebook ini dalam pakej promo November bersama 3 ebook yang lain: Belajar Asas Blog, 101 Idea Home Based Bisnes dan Panduan Mula Bisnes Butik. 

Atau dapatkannya sebagai ebook bonus dengan mendaftar sebagai pelajar penulisan blog Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR); Kelas Asas Blog dan Penulisan atau/dan Kelas Asas Mula Bisnes Online. 

Boleh pm saya di inbox atau whatsapp 019 211 1934 untuk pertanyaan lanjut.

16 November 2015

Tips Penulisan Berpengaruh

Entri 92

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Didoakan hari ini hari produktif buat kita semua.

Lintas langsung dari Kelas Asas Blog dan Penulisan ABDR:

+ Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu, pengalaman benar adalah kisah teladan realistik.

+ Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kisah, ia dapat mengubah pandangan dan memberi pengajaran dalam satu sisi yang lain.

+ Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

Sumber ebook Belajar Asas Blog.
Ebook bonus yang akan diterima oleh setiap pelajar kelas blog Akademi Bekerja Di Rumah.

Mahu belajar lebih banyak teknik penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran? 

Boleh hubungi saya di:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox

09 November 2015

Persediaan Menyertai Booth Malaysia Children Islamic Fair 2015

Entri 91

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Dari kecil hingga sekarang, anak ini memang ringan tulang. Alhamdulillah. Sentiasa menghulurkan bantuan walau tanpa dipinta. Foto di atas adalah foto malam tadi. Muhammad Wafiy membantu Mama mengasingkan buttons untuk Mama gamkan di atas flash felt.

Sebenarnya tugasan ini agak memeningkan kepala saya. Ditambah pula dengan jumlahnya yang agak banyak dan mengambil masa saya yang amat bernilai seperti emas.

Elok juga saya agihkan tugasan ini kepada Wafiy. Antara aktiviti yang bagus untuk kanak-kanak. Belajar mengasingkan butang mengikut kategori haiwan. Juga anak-anak dapat belajar mengira.

Baik, untuk pengetahuan semua pembaca yang saya hormati, insyaAllah stok flash felt nombor dengan butang istimewa ini bakal berada di Malaysia Islamic Children Fair 2015 hujung November ini di SACC Mall Shah Alam. Harga jualan akan diumumkan nanti. ;)

Memaksimakan Pemasaran Percuma

Entri 90

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah

MEMAKSIMAKAN PEMASARAN PERCUMA
(Rujukan ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online)

Ada banyak cara untuk menggunakan peluang memulakan bisnes tanpa perlu mengeluarkan modal. Kebanyakan usahawan baru terlalu fokus kepada tidak ada modal, tidak ada pengalaman dan tidak tahu untuk bermula dari mana.

Berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk bermula:

1. Kenalpasti dahulu apa minat yang boleh dijadikan satu permulaan untuk berniaga.

Cik Amal: Anda minat dan ada kemahiran menjahit? Apakah jenis jahitan yang anda mahir? Kraf felt? Jahitan beg? Jahitan baju bayi dan kanak-kanak? Jahitan jubah dewasa? Jahitan seluar? Jahitan langsir? Sulaman? Quilting? Anda boleh jadikan bisnes jahitan kreatif ini sebagai bisnes pertama. Jika mahu mula bisnes kraf felt, boleh dapatkan khidmat nasihat dari saya sendiri atau baca asas jahitan kreatif ini di blog noramalinarohaizad.blogspot.my ;)

2. Kenalpasti siapa pelanggan dan apa produk.

Cik Amal: Golongan yang paling kerap membeli belah secara online adalah dari golongan ibu bekerjaya. Ibu suri pengurus rumah tangga juga tidak kurangnya. Kerap melayari internet untuk mencari bahan bantu belajar untuk anak-anak. Jadi buatlah sedikit penyelidikan dan ambillah peluang ini untuk menghasilkan produk-produk yang sentiasa mendapat permintaan dari golongan ini.

3. Fokus kepada pemasaran.

Cik Amal: Pemasaran bukan sekadar menjual dan memperkenalkan jualan. Kenalpasti kehendak, keperluan dan permintaan pelanggan. Trend pelanggan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Pelanggan perlu kenal dan faham produk yang ditawarkan. Kaedah promosi yang berkesan dan memberi impak signifikan amat diperlukan supaya mendapat perhatian pelanggan. Seterusnya barulah mereka cenderung untuk membeli.

4. Tidak mengeluarkan produk. Tetapi belajar untuk memasakan produk yang sudah sedia ada di pasaran. Kuasai pemasaran asas yang sangat membantu pemasaran produk dan bisnes.

Cik Amal: Jika anda tiada kemahiran atau bakat tertentu yang boleh dijadikan bisnes pertama, usah khuatir. Mulakan dengan belajar memasarkan produk orang lain yang sedia ada  dan sememangnya sudah laku keras di pasaran. Belajar bagaimana untuk mendapatkan RM1 pertama, diikuti RM10 pertama, RM100 pertama dan RM1000 pertama anda. Kemahiran ini perlukan ilmu dan perlu dilakukan secara konsisten sebelum membuahkan hasil.

Kuasai pemasaran asas yang sangat membantu pemasaran produk dan bisnes.

BLOGSPOT

Salah satu tapak awal yang boleh digunakan untuk mempromosi bisnes dan produk. Kenalpasti produk dan kenalpasti siapa pembaca atau pelanggan. Blogspot boleh dijadikan sebagai medium asas pemasaran yang boleh diterokai usahawan yang masih baru. Ia bukan sahaja sebagai tapak pemasaran, malah ia boleh digunakan sebagai agen pemasaran percuma yang memberikan impak luar biasa. Blogspot boleh dijadikan sebagai diari bisnes untuk usahawan dan juga boleh digunkan untuk membina kedai online. Kosnya adalah percuma dan boleh digunakan secara berterusan selagi mana ia sampai kepada sasaran pembaca atau pelanggan.

FACEBOOK

Salah satu trend adalah membina hubungan dan jaringan dengan lebih ramai pengguna yang menggunakan laman sosial ini untuk berhubung dan menjejaki lebih ramai kawan. Facebook juga sesuai bagai usahawan yang masih baru dan mahu belajar berjualan secara online. Ramai yang sudahpun mendapat impak positif hasil memasarkan produk melalui facebook.

Kami di Akademi Bekerja Di Rumah, aktif menganjurkan kelas asas blog penulisan dan kelas asas mula bisnes online untuk para suri pengurus rumah tangga serta suri bekerjaya. Blog dimanfaatkan sebagai medium pemasaran percuma. Pelajar kelas dilatih bagaimana mahu menjana pendapatan dari blog melalui cara penulisan yang berkesan. Bagi suri yang masih belum punya produk, ABDR menyediakan beberapa pilihan produk servis dan digital. Juga ABDR menawarkan dropship beberapa jenis produk.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kelas yang ABDR anjurkan, 
bolehlah hubungi saya melalui:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

01 November 2015

November 2015 Yang Produktif

Entri 89

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Menuju penghujung 2015.
Semak kembali azam dan matlamat tahun ini.

Adakah semuanya sudah dicapai?
Masih ada 2 bulan untuk tingkatkan pecutan.

Hari-hari fikir macam mana nak tambah pendapatan.
Hari-hari fikir cara nak promosikan produk.
Hari-hari fikir cara nak tarik pelanggan.
Tapi buntu, tak tahu nak mula.

Nampak orang lain buat bisnes macam senang.
Macam lebat saja duit yang masuk.

Tahukah anda, 
Mereka semua telah melalui fasa perjalanan yang mencabar.
Ramai yang telah berkongsi pengalaman.
Ambil iktibar dan belajarlah dari mereka.

Saya akui, perjalanan bisnes menuntut pengorbanan yang tinggi.
Lebih-lebih lagi andai mahu menjadi wahm.
Anda perlu bijak bahagi masa antara keluarga dan bisnes.
Menguruskan masa perlukan latihan yang bukan sehari dua.

Sambung coretan nanti.

24 October 2015

Projek Akan Datang

Entri 88

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad

Alhamdulillah, insyaAllah saya akan buka slot tempahan untuk buku aktiviti bayi dan kanak-kanak pada bulan November 2015 nanti. Buku ini lebih dikenali sebagai busy book atau quiet book di kalangan ibu-ibu di media sosial. 


Foto di atas adalah lakaran dan desain untuk buku aktiviti bayi. Lebih mudah apabila saya lakarkan terlebih dahulu. Memudahkan saya menentukan jenis material dan jenis warna kain yang akan digunakan. 

Gerak kerja mesti sistematik dan ada strategi. Ini adalah asas kerja dari rumah dan bisnes dari rumah. Penting semuanya tersusun agar anak-anak terjaga dan terdidik. Manakala bisnes tetap berjalan seperti biasa.

Doakan saya diberi kesihatan yang baik dan kelapangan waktu untuk menjahit ya. :)

23 October 2015

Stok Felt Polyester Bercetak (Printed Felt)

Entri 87

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Hari tu potong plain polyfelt.
Hari ni potong printed polyfelt.

Mudah customer nak beli nanti.
Kita offer by pack lah.
Tak minat animal printed.

So yang ada:
Polkadot, chevron and heart.
Belang2 nak jugak ke?
Warna mana yang best pilihan ramai?

Dalam starter set pun,
InsyaAllah ada printed felt.

Berkolaborasi Lebih Baik Dari Bersendiri

Entri 86

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


3 tahun pertama, bisnes seorang diri.
Kadangkala hilang motivasi.
Maka diamlah menjeruk perasaan sendiri.

Tahun lepas, Alhamdulillah membuka hati.
Mahu bergabung dengan usahawan suri.
Alhamdulillah, indah rupanya berkolaborasi.

Cik Amal mahu bertanya lagi.
Mahukah suri sekalian sertai kami?

Pendaftaran dibuka setiap hari.

13 October 2015

Ulasan Kelas Asas Penulisan dan Blog

Entri 85

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF, AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)


Alhamdulillah saya dapat menyelesaikan latihan penulisan 44 entri ketika cuti semester. Ketika mendaftar melalui salah seorang rakan, Puan Noramalina Rohaizad (saya bahaskan Kak Amal) awal September lalu, saya sedang sibuk dengan peperiksaan akhir pengajian Ijazah. Walaupun tergendala sebentar, tetapi tiada paksaan kerana saya diberi peluang mendahulukan peperiksaan.

       Sejujurnya sudah lama melihat status Facebook Kak Amal muncul di Timeline saya. Bukan tidak berminat, tapi agak berkira untuk mengeluarkan modal mengikuti kelas penulisan.Mindset yang mengatakan bahawa ‘penulisan boleh dipelajari sendiri, dunia di hujung jari sahaja’ sering berlegar-legar di fikiran. Sudahnya memang tidak berjalan atau tiada hasil pun.

       Dalam berkira-kira itu, baru saya teringat wishlist tahun 2015 iaitu ‘365 hari, RM 3 sehari’. Saya membuat simpanan sebagai modal tahun hadapan (2016) jika mahu berniaga. Jadi, tidak salah jika saya katakan bahawa mengikuti kelas bisnes juga satu pelaburan.

PENULISAN AWAL

     Melalui analisa awal 8 perkara yang perlu di jawab; pengalaman kerja, pengalaman bisnes, kemahiran dan matlamat antara yang memberi kesan cukup mendalam bagi saya. Analisa inilah yang membantu saya untuk fokus menulis.

       Mengingati tanpa menulis, kita akan lupa. Membaca tanpa beramal, ilmu akan hilang. Hari ini kita belajar, mungkin esok kita tidak ingat. Itu yang saya terfikir ketika mengikuti kelas penulisan ini. Apabila saya sudah fokus pada matlamat, di bantu pula dengan pengalaman yang saya ada, perasaan teruja untuk berkongsi itu sangat tinggi.


PEMBELAJARAN

Setiap hari saya menulis berdasarkan label yang di tetapkan (Catatan Harian, Catatan PengalamanTips Mudah IT, Tips Praktikal IT) , dipecahkan kepada 1 label 10 entri. Dengan berpandukan gambar mengikut tajuk entri, baru saya sedar rupa-rupanya banyak perkara yang membantu penulisan saya. Gambar-gambar semasa saya berniaga atau bekerja memudahkan cerita untuk di sampaikan.

Pemantauan serta motivasi oleh Puan Masayu Ahmad dan Kak Amal juga melatih diri untuk konsisten dan menulis dengan baik.



Bukan sahaja konsisten dan disiplin itu penting, kualiti dan teknik penyampaian juga di titik beratkan. Jadi tidak hairanlah jika cikgu-cikgu di ABDR mengingatkan pelajar ‘Sentiasa ada buku nota untuk catatan ringkas sebelum menulis di blog. ‘

MANFAAT KELAS
  • Matlamat membantu kita untuk fokus.
  • Catatan ringkas membantu kita untuk mengembangkan lagi idea.
  • Pengalaman membantu kita untuk berkongsi kisah dan membantu mereka yang menghadapai masalah serupa dengan kita.
  • Penulisan yang bagus, teratur dan padat mampu menarik minat pembaca untuk terus membaca.
  • Yang penting, jangan banyak alasan. ^_^

BERBAHAGIALAH JIKA BERGURU

Terima kasih kepada Kak Amal yang menjadi mentor saya (secara senyap-senyap tanpa diketahui ^_^). Terima kasih juga kepada Puan Masayu Ahmad, dengan status di Facebookyang kadang kala menyentap hati supaya pelajar terus fokus, konsisten dan berdisplin. Akhir kata, berbahagialah hidup dengan ilmu jika berguru. Amminnnn.

12 October 2015

Pendaftaran Pelajar ABDR Oktober 2015

Entri 84

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, selamat mendaftar pelajar-pelajar baru Oktober 2015.


Pengenalan ABDR:
+ ABDR adalah jaringan kumpulan sokongan untuk suri pengurus rumah tangga atau suri bekerjaya. 
+ ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bergelar wahm yang mahu menjana pendapatan hanya dari rumah.
+ ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bekerjaya yang mahu menjana pendapatan secara sampingan.
+ ABDR menjadi platform untuk belajar asas mula bisnes produk fizikal, digital atau servis.
+ ABDR menawarkan bimbingan dan latihan berbisnes di atas talian dengan menggunakan medium pemasaran percuma seperti blog dan Facebook fanpage. 
+ Penyertaan adalah berdasarkan analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu berada di ABDR ini.

Cara-cara untuk menyertai dan menjadi ahli ABDR:
(Boleh pilih salah satu atau ikuti kesemuanya)
1) Mengikuti mana-mana kelas yang ditawarkan.
2) Menjadi pengurus online (rakan niaga).
3) Beriklan di direktori SOHO ABDR.

Pilihan kelas ABDR:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog mula bisnes online.
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas asas wordpress.
5. Kelas penulisan ebook pertama.
6. Kelas asas urus akaun soho.
7. Kelas beriklan dengan instagram.

Pilihan pakej ABDR lain:
1. Pendaftaran pengurus online (rakan niaga) ABDR.
2. Pendaftaran iklan di direktori SOHO ABDR.

3 produk utama ABDR:
1. Kelas online (produk servis)
2. E-book (produk digital)
3. Pakej sewa tapak iklan (produk servis)

Pakej Yuran Kelas Blog ABDR:

Pakej 1: 
Kelas Asas Blog & Penulisan
+ Bonus: 1 e-book Belajar Asas Blog

Pakej 2: 
Kelas Asas Blog & Penulisan
+ Bonus: 3 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Panduan Mula Bisnes Butik

Pakej 3: 
Kelas Asas Blog & Penulisan ATAU Kelas Asas Mula Bisnes Online
+ Bonus: 4 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Panduan Mula Bisnes Butik + 101 Idea Home Based Bisnes

Pakej 4:
Pakej Pengurus Online ABDR 
+ Kelas Asas Blog & Penulisan ATAU Kelas Asas Mula Bisnes Online
+ Bonus: 6 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Panduan Mula Bisnes Butik + 101 Idea Home Based Bisnes + Yeay Mama Sudah Resign + 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

Pakej 5:
Pakej Pengurus Online ABDR
+ Kelas Asas Blog & Penulisan DAN Kelas Asas Mula Bisnes Online
+ Bonus: 10 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Mula Bisnes Butik + 101 Idea Home Based Bisnes + Yeay Mama Sudah Resign + Rahsia Khidmat Pelanggan + Panduan Berpantang + 44 Resepi Pantang + 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online, Panduan Rakan Niaga (belum terbit)

2 Kelas Paling Ramai Penyertaan Sepanjang Tahun:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online

Apa beza kedua-dua kelas ini?

Kelas Asas Blog dan Penulisan
1. Belajar asas blog (blogspot).
2. Belajar menulis fokus penulisan berdasarkan siapa pembaca sasaran.
3. Tukar pembaca kepada pelanggan.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9. Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.

Kelas Asas Blog Mula Bisnes Online
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan atau produk kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk suri yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk? ABDR menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook dan ruang pengiklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.

Bagaimana sesi belajar ini berlangsung?
1) Fahamkan masalah dan matlamat.
2) Pilih kelas.
3) Pilih kategori yuran.
4) Daftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR,
5) Daftar, analisa dan masuk kelas (Facebook secret group).

+ Selepas analisa, tugasan akan bermula. 
+ Pelajar boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja berada.
+ Waktu untuk selesaikan tugasan juga fleksibel.
+ Nota tutorial lengkap bergambar disediakan.
+ Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.

Kami bergabung dan berukhwah, menuju 2000 ahli untuk 2015. 
Kami mengalu-alukan penyertaan suri pengurus rumahtangga atau suri bekerjaya.
Adik-adik yang masih menuntut di IPTA juga boleh mendaftar.

Baca lebih banyak ulasan pelajar ABDR di blog utama:
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com

Untuk pendaftaran kelas, pendaftaran pengurus online atau sewa tapak iklan,
Anda boleh hubungi saya:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Pengurus Online ABDR
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

11 October 2015

Dalam Bisnes, Paling Penting Adalah Tindakan

Entri 83

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Sertailah mana-mana kelas bisnes pun. 
Saya percaya setiap satunya ada kekuatan tersendiri.

Ilmu Allah ini amat luas. 
Lain guru bisnes, lain pendekatannya.

Untuk berjaya dalam bisnes, 
Sebenarnya ia berbalik kepada diri sendiri.

Ilmu yang dipelajari, kalau balik buat pekasam, 
Maka pekasam lah yang kita dapat.

Tapi jika kita balik dan ada tindakan susulan secara praktikal,
InsyaAllah saya yakin ada manfaatnya untuk bisnes kita.

10 October 2015

Tempahan Pertama 2015

Entri 82

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


BigShot melapor diri setelah hampir setahun bercuti. Selamat kembali bertugas lah ya.

Tempahan pertama saya ambil untuk tahun ini. Mak sedara nak buat reunion. Jadi beliau tempah cenderahati. Rose brooch, ribbon bow brooch dan fridge magnet. Ada 75 pcs nak kena buat ni.
Alhamdulillah.

09 October 2015

Proses Pemotongan Kain Felt

Entri 81

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Cik Amal kerja overtime nampaknya malam ni. Alhamdulillah 'ala kulli haal.
Ramai mak-mak super rajin, dok mai pm tanya ada juai ka kain felt? Pakat nak jahit busy book untuk anak rupanya. MashaAllah I like sangat-sangat.

Asalnya Cik Amal nak berhenti supply kain felt. Dok pendam hampir setengah tahun dah niat tu. Tapi kan, lagi banyak stok menyusut, lagi ramai pula dok mai pm tanya.

Aih tak sampai hati kalau tak tolong. Depa dok kata kain felt depa beli tak berapa best. Nipis lah. Berbulu-bulu lah. Warna tak berapa berkenan di hati lah. Macam-macam.

Di Amal Creative, kami ada polyester felt dengan ketebalan 1.4mm. Yang ni saya akui memang best. Dari pertama kali buat felt craft sampai hari ni, saya memang prefer felt ni saja untuk kategori felt keras.

Best dan berkualiti. Sampai saya sendiri yakin untuk jual kepada rakan-rakan crafters selain guna untuk siapkan tempahan bisnes sendiri.

Jadi dengan ini saya nak umumkan, insyaAllah Amal Creative kembali jual kain polyester felt ni secara serius. Next week insyaAllah kami restock warna mana yang dah habis ok.

Makluman tambahan:

Colour code dalam gambaq tu saya ada juai. Senang buat rujukan nak pilih warna kain untuk next purchase. Yang botol merah sebelah gunting tu pun saya juai. Kiki.. Minyak habbatussauda'. Buat sapu tadi, semut api tiba-tiba muncul mai ketik kaki masa dok sedap-sedap potong kain. Sat saja hilang gatai tu.

Hasil kerja tengah malam tadi. Alhamdulillah siap dah potong ke saiz 30x33cm (+/- 1cm). Warna hitam habis langsung. Warna putih ada beberapa keping. Next week insyaAllah restock. Yang ini nak order pun boleh dah.

03 October 2015

Bertemu Pemilik Sekoci Norlie

Entri 80

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad


Pulang dari Karangkraf pada 2 hari lepas, Alhamdulillah saya berpeluang pula singgah di Sekoci Craft House. Rumah khas yang digunakan oleh pemiliknya Puan Norliza Samingon untuk menjalankan aktiviti kraf beliau.

Usahawan kraf felt Malaysia semua mesti kenal Puan Norliza yang lebih mesra membahasakan dirinya Acik Norlie di sebelah saya ni kan. Comel molek sampai saya pun sudah kelihatan besar di sisinya.

Buku yang saya pegang itu pula, felt crafter sekalian mesti beli. Yes, it's a must buy book! Ada banyak teknik dan tutorial menghasilkan bunga dari felt. Teknik jahitan asas dan pola pun ada.

Doakan saya pula dapat 'lahirkan' buku macam Acik Norlie. Sekarang dalam misi siapkan buku digital. Bonus jika saya dapat terjemahkannya dalam bentuk fizikal pula.

02 October 2015

Bisnes Dari Rumah

Entri 79

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu


Adakah anda suri pengurus rumahtangga atau suri bekerjaya yang:

1) Mahu mula bisnes dari rumah.
2) Ada modal minima.
3) Berdikari, rajin dan serius mahu belajar.
4) Ada laptop/ipad/tab dan talian internet.
5) Mahu sertai ABDR.

Ada 5 kriteria di atas?
Anda boleh sertai kumpulan sokongan Akademi Bekerja Di Rumah.
ABDR menawarkan 2 kelas asas untuk bimbingan mula bisnes bagi yang tidak tahu bagaimana untuk mula.

Bagi yang sudah ada bisnes tapi masih suam-suam kuku, boleh belajar teknik penulisan yang betul untuk bina tribe. Kemudian ubah tribe menjadi pelanggan.

Pm saya di inbox untuk pendaftaran kelas ABDR. Boleh juga beli koleksi ebook keluaran ABDR.

Nor Amalina Rohaizad
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah

Promosi Ebook ABDR Oktober 2015

Entri 78

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)


Pakej Promosi Oktober 2015
5 ebook hanya RM100.00

Pakej menarik ini adalah berkaitan:

+ Pengalaman dan persediaan berhenti kerja.
+ Panduan persediaan menjadi wahm.
+ Panduan mula bisnes di rumah.
+ Idea bisnes dari rumah.
+ Belajar asas blog sebagai platform bisnes.

Untuk dapatkan e-book keluaran ABDR ini,
Tuan/Puan/Cik Puan boleh menghubungi saya melalui:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Sms/Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

01 October 2015

Bertemu Alumni ABDR di Karangkraf

Entri 77

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Ihsan Nor Atiqah Hamdi

Alhamdulillah. ^_^
Permulaan Oktober 2015 yang manis.


Kami bertiga adalah alumni Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 
Selama ini hanya berkenalan dan bertegur sapa secara online.

Pagi tadi bertemu bersua muka di satu sesi fotografi. 
Seronok berbual dan bertukar cerita dengan adik-adik saya ini walau hanya sekejap saja.

29 September 2015

8 Kegembiraan Bekerja Dari Rumah

Entri 76

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: E-Book Super Wahm Super Mom

Apa seronoknya bekerja dari rumah?
Saya senaraikan 8 kegembiraan berikut.

1. Saya masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi. Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Buat pilihan yang mengembirakan 'Majikan' bukannya mengembirakan 'manusia'.

2. Saya masih boleh mengawal dan urus masa dengan kadar semasa sibuk, kurang sibuk atau semasa super sibuk. Apabila super sibuk dengan urusan kerja, keluarga, orang tua dan anak-anak, ambil masa untuk fokus bertenang, mula susun rutin dan lakukan dengan hati lapang.

3. Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Berapa banyak peluang yang ada di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Malaysia adalah negara yang banyak sumber, cari peluang tersebut ia ada di mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Hanya orang malas sahaja yang mencipta alasan, sama-sama berubah dan tentukan pilihan yang kita mahukan.

Baca lanjut di dalam ebook Super Wahm Super Mom.
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan ebook anda.

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Pengurus Online ABDR
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

28 September 2015

Bagaimana Sesi Kelas Blog ABDR Berlangsung?

Entri 74

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

[ Akademi Bekerja Di Rumah ]

Kami menerima pendaftaran setiap hari.

2 kelas blog paling ramai penyertaan:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online

Bagaimana sesi belajar ini berlangsung?
1) Fahamkan masalah dan matlamat.
2) Pilih kelas.
3) Pilih kategori yuran.
4) Daftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR,
5) Daftar, analisa dan masuk kelas (facebook group).

Selepas analisa, tugasan akan bermula. 
Pelajar boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja berada.
Waktu untuk selesaikan tugasan juga fleksibel.

Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Pengurus Online ABDR
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

27 September 2015

Mulakan Dengan Perubahan Kecil

Entri 73

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Minggu akhir September 2015.

Selagi Allah izinkan kita bernafas,
Selagi itu kita punya ruang dan peluang,
Untuk lakukan perubahan.

Mulakan dengan perubahan kecil,
Namun istiqomah.

Contoh:
Kita mulakan dengan SOLAT.

Tetapkan azam mulai hari ini:
AKU MESTI SOLAT TEPAT PADA WAKTUNYA.

3 minit sebelum azan, kita sudah berwudhu'.
Selepas selesai azan, terus dirikan solat.

Contoh lain:
Hari ini mesti siap jahit 1 muka surat untuk Busy Book.

1 hari 1 muka surat.
10 hari siap 10 muka surat.

10 muka surat maksudnya 1 buah Busy Book lengkap. Sudah siap, maka sudah boleh jual. ;)

25 September 2015

Hentikan Plagiat Penulisan

Entri 72

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Nota ini saya perolehi dari kelas blog ABDR.
Saya kongsikan sedikit untuk panduan kita bersama.

Oleh Puan Masayu Ahmad:

"Apabila kita suka dengan sesuatu ayat atau teks, sangat penting kita hadam dan tulis semula dengan cara sendiri.

Cara yang betul ialah:
1) Menulis semula dan memberi kredit penulisan asal sumber itu dipetik.
2) Kemudian membuat penambahan isi dari idea fikiran kita sendiri."

Di kelas blog ABDR, kami diajar untuk memberi kredit dengan menyatakan dari mana sumber asal kami memperolehi sesuatu maklumat. Sama ada maklumat itu dalam bentuk penulisan atau foto.

Amat tidak wajar kita menyalin bulat-bulat dan tidak mengubah langsung teks tersebut. Bertambah memalukan sekiranya tiada kredit diberikan kepada penulis asal. Kemudian penulis asalnya menjumpai teks tersebut di ruang perkongsian kita.

24 September 2015

Motivasi Menulis Blog

Entri 71

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Ebook Belajar Asas Blog

Motivasi Menulis

Latihan paling asas bagi yang baru mula menulis. 
Pastikan mula dengan catatan harian dalam buku nota. 
Kemudian pindahkan apa yang ditulis ke dalam blog.

Latihan menulis paling mudah ialah menulis apa aktiviti pada hari tersebut, catatan harian seorang surirumah, seorang pekerja, seorang ibu, seorang usahawan. Tulis apa sahaja aktiviti bermula bangun pagi.

Lintas langsung dari Kelas Asas Blog dan Penulisan.
Akademi Bekerja Di Rumah

Mahu Belajar Menulis Blog?

Entri 70

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Siapa yang masih belum ada blog?
Tapi MAHU BENAR-BENAR MAHU belajar menulis blog?

Belajar dahulu bina satu blog. 
Bila sudah mahir, binalah seberapa banyak blog yang kita mahu.


Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan 2 kelas blog.

1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online

Matlamat kedua-kedua kelas ini berbeza.
Hubungi saya untuk penerangan lanjut.

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Sms/Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

23 September 2015

Selamat Hari Raya AidilAdha

Entri 69

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Alhamdulillah pusing-pusing sekitar Bangi saja mencari kelengkapan persiapan raya esok. Tahun lepas kami tidak balik kampung arwah Tok Ayoh di Pantai Timur kerana tarikh jangkaan bersalin saya yang sudah hampir. 

Tahun ini pun sama, tidak balik ke sana. Adik ipar baru saja selamat melahirkan putera sulungnya 5 hari lepas. Ummi dan ayah mertua memang tinggal di Bangi. Esok pagi baru kami 'balik kampung'. Naik kereta 1 minit dah sampai. :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Bersama menghayati ibrah di sebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S.

21 September 2015

Tips Jahitan Garis Senyuman

Entri 68

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad

Tips Jahitan GARIS SENYUMAN.


1. Saya guna benang jahit biasa.
2. Tetapi saya gandakan menjadi 4 lapisan benang.
3. Tujuannya supaya lebih jelas nampak dan lebih cantik.
4. Sebelum jahit, buat garisan menggunakan air erasable pen.
5. Gunakan teknik jahitan kia.
6. Pastikan jahitan itu rapat.
7. Panjang garis jahitan kira-kira 3-4mm.

Ada yang menggunakan benang jeans atau benang crochet. Terpulang, mengikut keselesaan sendiri. Saya lebih suka guna benang biasa saja. Harga benang jauh lebih murah dan mudah didapati. ;)

20 September 2015

Pakej Kelas Blog Akademi Bekerja Di Rumah

Entri 67

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

PAKEJ KELAS ONLINE ABDR
Pakej yuran Kelas Asas Blog & Penulisan dan Kelas Asas Mula Bisnes Online

Pakej 1: 
Kelas Asas Blog & Penulisan
+ Bonus: 1 e-book Belajar Asas Blog

Pakej 2: 
Kelas Asas Blog & Penulisan
+ Bonus: 3 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Panduan Mula Bisnes Butik

Pakej 3: 
Kelas Asas Blog & Penulisan ATAU Kelas Asas Mula Bisnes Online
+ Bonus: 4 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Panduan Mula Bisnes Butik + 101 Idea Home Based Bisnes

Pakej 4:
Pakej Pengurus Online ABDR 
+ Kelas Asas Blog & Penulisan ATAU Kelas Asas Mula Bisnes Online
+ Bonus: 6 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Panduan Mula Bisnes Butik + 101 Idea Home Based Bisnes + Yeay Mama Sudah Resign + 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

Pakej 5:
Pakej Pengurus Online ABDR
+ Kelas Asas Blog & Penulisan DAN Kelas Asas Mula Bisnes Online
+ Bonus: 10 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Mula Bisnes Butik + 101 Idea Home Based Bisnes + Yeay Mama Sudah Resign + Rahsia Khidmat Pelanggan + Panduan Berpantang + 44 Resepi Pantang + 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online, Panduan Rakan Niaga (belum terbit)

Pendaftaran kelas online dibuka setiap hari.
Pengambilan pelajar sesi September 2015 sedang dibuka.

Apabila Puan/Cik Puan sudah bersedia untuk menyertai keluarga besar kami, 
dijemput mendaftar dengan saya melalui:

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Sms/Whatsapp: +60192111934
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

Ulasan alumni ABDR boleh dibaca di blog utama:
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh terus ajukan.
Terima kasih~

Tips Blog Berpengaruh

Entri 66

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah

Blog Berpengaruh.

Tips blog berpengaruh:

- Perlu ada keterujaan dalam menulis dan fokus dengan tajuk kita.
- Contoh gambar, kalau blog memasak, tentu gambar masakan. Kalau blog soho, tentu gambar soho. Apa kata kunci gambar untuk blog kalian? Kongsikan di sini.
- Gambar sangat mempengaruhi blog kita menarik untuk dilawat setiap hari selain dari penulisan yang konsisten
- Blog yang tidak dikemaskini seperti kedai yang kita sudah siap, selepas itu kita tinggalkan. Kasihan pelanggan datang tetapi tidak ada layanan.
- Layankan dengan informasi khususnya tajuk blog.

Tips blog berpengaruh dengan menulis ayat positif:

- Tulis dan tulis tips dan info ringkas ketika kita sibuk.
- Ketika emosi negatif, curahkan perasaan itu tukar dalam bentuk ayat positif.
- Letak sekali gambar yang kita kongsi dalam facebook berkaitan semangat, motivasi dan sebagainya.
- Lama-kelamaan blog kita dipenuhi ayat positif dan kelihatan bertenaga pada mata pembaca

Lintas langsung dari Kelas Asas Blog dan Penulisan.
Akademi Bekerja Di Rumah.

Untuk pendaftaran kelas, hubungi saya di email.
Atau boleh juga melalui Facebook inbox.

Nor Amalina Rohaizad
+60192111934
noramalina.rohaizad@gmail.com
Akademi Bekerja Di Rumah

17 September 2015

Tutorial Jahitan Sembat

Entri 65

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad

Jahitan Sembat

Digunakan untuk mengekalkan lipatan.

Cara jahitan:

1) Mulakan jahitan dengan jahitan kia di bawah lipatan.
2) Dijahit kiri ke kanan dengan jahitan menyerong pada sudut 
3) 30 darjah di sebelah dalam.

Jahitan ini halus, kukuh, sekata dan boleh dilihat pada sebelah luar kain.

Tutorial Jahitan Jelujur

Entri 64

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad

Jahitan Jelujur

Digunakan untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan kain jika tiada mesin jahit.
Mudah dicabut jika dijahit kasar

Cara jahitan:

1) Mulakan dengan jahitan kia.
2) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya 3-5 mm
3) Akhirkan juga dengan jahitan kia

Tutorial Jahitan Kia

Entri 63

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad

Jahitan Kia

Digunakan untuk menyambungkan kain bagi menggantikan jahitan mesin.
Digunakan untuk memulakan dan mengakhiri mata jahitan.

Cara jahitan:

1) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan (anggaran 3-5mm).
2) Jahitan pertama seperti jelujur halus.
3) Kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit semula ke hadapan.

Ia rapat, kukuh dan kelihatan seperti jahitan mesin jahit di sebelah luar manakala di sebelah dalam seperti jahitan batang.

Tutorial Jahitan Insang Pari

Entri 62

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad

Jahitan Insang Pari

Digunakan untuk mengemaskan tepi kain.
Digunakan sebagai jahitan perhiasan.

Cara jahitan:

1) Mulakan dengan jelujur halus menegak pada sebelah kiri.
2) Jarum menegak tepat dan ke arah penjahit
3) Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum.

Jahitan Asas Kraf Felt

Entri 61

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad

Jenis jahitan asas terbahagi kepada dua:

(1) Jahitan sementara
Jelujur halus, jelujur kasar dan jelujur serong.

(2) Jahitan kekal
i) jahitan penyambung: jahitan kia, jahitan halus dan jahitan mesin.
ii) jahitan pengemas: sembat halus, sembat susup, jahitan insang pari, jahitan silang pangkah dan jahitan lilit ubi.
iii) jahitan hiasan: jahitan sulaman, jahitan quilting dan jahitan tampal hias.

Untuk menjahit kraf felt sebenarnya adalah mudah dan tidak sesukar yang disangka. Kita hanya perlu mengetahui 4 jenis jahitan asas ini:


1) Jahitan kia
2) Jahitan jelujur
3) Jahitan insang pari
4) Jahitan sembat

Kebanyakan daripada kita biasanya sudah pun mendapat pendedahan awal dan mempelajari keempat-empat jenis jahitan ini sewaktu di sekolah menengah.

Untuk mendapatkan jahitan yang benar-benar halus, cantik dan kemas, kita perlu kerap berlatih agar lebih mahir. Maksudnya di sini, perlu selalu menjahit untuk mendapatkan rentaknya.

Dalam entri seterusnya nanti, saya akan kongsikan langkah demi langkah 4 jenis jahitan asas ini. Setelah mahir kesemuanya, yang diperlukan hanyalah idea dan kreativiti tersendiri untuk menghasilkan pelbagai produk kraf felt.

16 September 2015

Tutorial Buku Aktiviti (Busy Book)

Entri 60

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua pembaca.

Mahu belajar langkah demi langkah cara menjahit busy book atau buku aktiviti yang sedang hangat diperkatakan oleh ibu-ibu di media sosial sekarang ini? :)



07 September 2015

Variasi Hiasan Bunga Felt

Entri 59

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Sumber Dan Foto Asal: Norliza Samingon




Assalamualaikum dan hai semua.

Di kalangan felt crafters, siapa yang tak kenal Sekoci Norlie.
Semua mesti kenal. Lebih-lebih lagi yang suka kraf felt berasaskan bunga.
Unik, cantik, kemas dan teliti hasil seninya.

Alhamdulillah ini dia buku kraf sulung beliau.
Panas.. Panas.. Baru sahaja terbit!

Siapa mahu jadi antara orang terawal memiliki buku ini?
Pm saya di inbox atau whatsapp 0192111934.


Sinopsis

Pelajari aneka bentuk bunga felt cantik dan menarik yang boleh dijadikan hiasan di rumah dan sebarang majlis keraian. Semuanya dipaparkan dengan mudah dan jelas di dalam naskhah Variasi Hiasan Bunga Felt. Anda pasti tidak akan kecewa.

ISDN : 978-967-86-0607-3
Penerbit: Alaf21 / Karangkraf 
Penulis : Norliza Binti Samingon 
Harga : RM24.00
Postage 
Semenanjung - RM10.00
Sabah/Sarawak - RM16.00
Berat buku : 700 grm 
Pos - Pra bayar pos laju

03 September 2015

Adakah Anda Mahu Menjadi Usahawan Jahitan Dan Kraf?

Entri 58

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adakah anda wanita berjiwa besar yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1) Suri pengurus rumah, suri bekerjaya atau pelajar IPT.
2) Minat menjahit produk berasaskan jahitan.
3) Mempunyai kemahiran asas jahitan.
4) Benar-benar mahu mula bisnes dengan jualan produk jahitan.
5) Benar-benar mahu belajar bisnes dari rumah.
6) Rajin berusaha.
7) Boleh berdikari.
8) Paling penting, mahu menyertai keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah.

Saya mahu mengajak anda mula bisnes dari rumah melalui medium pemasaran percuma iaitu blog dan Facebook. Sesuai untuk anda yang benar-benar zero knowledge tentang online business. Kita belajar menulis blog berpengaruh. Tukar pembaca menjadi pelanggan.

Pm saya di Facebook inbox ya andai benar-benar mahu.
Kita akan berbincang lanjut tentang kelas yang sesuai.

Nor Amalina Rohaizad (AS0371336-V)
Akademi Bekerja Di Rumah
Email: noramalina.rohaizad@gmail.com
Sms/Whatsapp: +60192111934

1 Usahawan Seni Kreatif, 1 Blog.

Entri 57

Teks: Nor Amalina Rohaizad

Blog masakan dan blog resepi sudah ada banyak sangat.
Taip saja di enjin carian, beratus-ratus blog tempatan keluar.

Blog kraftangan?
Blog jahitan?

Berapa banyak blog sebegini yang ditulis dalam bahasa kebangsaan?

Rakan-rakan usahawan seni kreatif sekalian,

Mahukah kita sama-sama memeriahkan dunia online dengan hasil tulisan dan hasil kerja kita?
Mahukah kita kongsi serba sedikit kemahiran dan pengetahuan yang kita ada untuk memberi manfaat kepada orang lain?

Asyik kongsi blog dari luar negara saja.
Kita sendiri, bila mahu mula menulis?

1 usahawan seni kreatif, 1 blog.
Boleh macam ni?