01 September 2014

Jenis-jenis Gunting Dan Fungsinya

Entri 8

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative

Kerja memotong kain adalah kerja asas paling penting bagi seorang tukang jahit. Tak kisah lah anda mahu potong kain mudah urus seperti felt atau kain lemah gemalai seperti chiffon. Anda tetap perlukan gunting yang sesuai untuk kain yang akan dipotong. Jika betul potongannya, jahitan dapat diteruskan. Andai berlaku sebaliknya? Mungkin anda terpaksa menghadapi cabaran besar.

Pada awal penglibatan saya dalam dunia kraftangan felt, saya hanya gunakan dua jenis gunting. Gunting biasa untuk kertas dan gunting besi yang kecil untuk kain felt. Cukuplah dua jenis ketika itu memandangkan saya hanya mahu mencuba dahulu. Setelah beberapa bulan menjahit, barulah saya perasan wujudnya jenis-jenis gunting lain yang boleh membantu kerja kraf. 

Kiri: Gunting kadbod untuk memotong kertas yang tebal.
Kanan: Gunting kain cotton, flannel, fleece dan felt. Memotong kain yang nipis dan sederhana tebal.

Dari kiri: Gunting kertas untuk memotong kertas nipis, gunting mata melengkung untuk memotong bentuk bulat/bujur dan gunting besi kecil untuk memotongan kepingan felt yang kecil.

Gunting mata melengkung: Jika dilihat dari sisi, akan jelas kelihatan hujung matanya yang melengkung. 

Atas: Gunting bilah berbentuk zigzag. Menjadikan potongan kain felt lebih menarik. 
Bawah: Gunting bilah berbentuk scallop. Juga untuk menghasilkan potongan yang menarik.

Jenis-jenis gunting yang saya gunakan untuk kraftangan felt.

Walaupun koleksi gunting ini seakan sudah mencukupi, namun masih ada satu jenis gunting yang belum saya miliki. Gunting 100%  logam berat yang biasanya dimiliki oleh tukang jahit profesional. Belum ada keperluan mendesak untuk saya membelinya. Harganya juga agak tinggi setanding dengan kualiti potongan kain jika menggunakannya.

Doakan suatu hari nanti saya mampu memiliki gunting idaman hati tersebut.

3 comments:

  1. salam kak? boleh sy tahu kat mn boleh beli gunting scallop tu ya? ;)

    ReplyDelete
  2. salam. saya beli online. dah tak ingat nama fb seller yang menjual.

    ReplyDelete
  3. Salam kak. Nak tnya, gunting zigzag tu beli dekat mana ya? Sebab banyak yg saya jumpa gunting zigzag tu mcm tajam sikit shape dia. And yg akak punya ni mcm bunga sikit shape dia.

    ReplyDelete