03 November 2017

Impian

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #159

Saya ada impian.

Mahu lihat lebih ramai felt crafters mempunyai blog sendiri. Tulis dan kongsi kemahiran yang ada dalam Bahasa Melayu khususnya. InsyaAllah ramai yang bakal menerima manfaat dari perkongsian ilmu itu nanti pada masa hadapan.

Mungkin anak-anak kita. Mungkin cucu cicit kita.

Saya teringat sebuah hadith.

Rasulullah saw bersabda: “Apabila seseorang manusia meninggal dunia, terputus darinya amalnya kecuali 3 perkara: sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang berdoa baginya”. (HR. Muslim 14-(1631)).

Segala ilmu yang kita kongsi dan ajarkan kepada orang lain, insyaAllah akan kekal mengalir pahala darinya selagi mana ilmu tersebut dimanfaatkan. 

Begitu juga ilmu yang kita tulis di blog. Selagi mana ia kekal di atas talian, kekal dibaca dan diambil manfaatnya, maka InsyaAllah ada ganjaran pahala daripadaNya untuk kita di alam kubur nanti.

Sungguh hadith ini sudah cukup memberi semangat dan motivasi buat saya untuk terus konsisten menulis dan berkongsi perkara bermanfaat. Semoga usaha kecil ini diredhoi Allah.

01 November 2017

Hello November 2017

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Nor Amalina Rohaizad
Entri #158


Assalamualaikum. Alhamdulillah kembali di sini. Agak lama saya merehatkan diri dari terlibat dengan jahitan kain felt. Beberapa bulan yang lalu, kulit saya menjadi sangat sensitif dan terlalu mudah alergik dengan apa-apa kain sintetik termasuklah felt.

Dalam tempoh tersebut, saya lebih banyak tumpukan pada kraf butang dan pvc. Sempat ambil beberapa order keychain nama pvc, order brooch butang dan keychain butang. Alhamdulillah atas rezqi Allah yang tak pernah putus-putus.

Bulan Mei yang lepas juga, saya sekeluarga diizinkannya menjejak bumi China. Di sana, saya berpeluang melawat pusat borong barang terbesar di dunia. Saya tidak melepaskan peluang memborong beberapa jenis barangan kraf untuk dibawa pulang ke Malaysia. Alhamdulillah.

InsyaAllah mulai bulan ini saya akan mula kembali aktif berkongsi tentang kraf felt. Bukan di sini tetapi di blog Amal Creative. Beberapa perkara masih perlu saya baiki di sana. InsyaAllah saya akan kemaskini sedikit demi sedikit. :)

Jumpa di sana ya. ;)

11 March 2017

Kelas Kraf Felt Dan Kelas Bina Blogshop Alor Setar

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #157

Tengah duduk-duduk ni, saja lah terfikir. Cuti sekolah nanti kan, insyaAllah Cik Amal lama di Alor Setar sana. Best jugak kalau Cik Amal dapat buat kelas. Kelas apa? Kelas asas jahit felt craft atau kelas asas bina blogshop. 

Nak belajar dua-dua kelas tu sekaligus pun boleh. Kita belajar face to face. Lebih senang nak berkongsi teknik sambil bersoal-jawab. Ada yang berminat nak belajar tambah duit poket dengan menjahit dan berblog? Nanti whatsapp Cik Amal 0192111934 ya. Kita bincang tarikh dan waktu kelas. :)

Tadi, Cik Amal belek album-album lama. Saja nak kongsi semula. Ini lah dia antara pelajar-pelajar kelas asas jahitan kraf felt yang pernah Cik Amal buat dulu. Yang datang ni ada macam-macam cerita di sebaliknya. Ada yang datang sebab saja suka nak explore ilmu baru. Ada yang datang sebab nak buat bisnes. Adik-adik sekolah menengah pun ada yang datang belajar menjahit.








Paling terharu, ada seorang pelajar ni datang jauh dari Johor bersama suami. Rupanya suami beliau yang carikan kelas ni dan galakkan sangat beliau datang kelas. So sweeettt kan. Yang betul-betul nak belajar tadah ilmu, memang tak kan beri alasan punya. Jauh macam mana pun, susah macam mana pun, mesti usaha sampai dapat datang.

Baby Theme Buttons

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #156

Alhamdulillah, tahniah rakan-rakan Cik Amal yang dapat baby baru 😍😍😍 Soleh solehah semuanya insyaAllah. Cik Amal pun ada baby baru. Tuuuu yang ramai-ramai kat dalam gambar tuuu. 😅 Hihi.


Sekarang ni Cik Amal ada masalah tau. Tengah fikir nak jual ke tak butang comel ni semua. Huhu. Comel sangat sampai sayang nak lepas. Tapi kalau simpan pun, masih tak ada rancangan projek yang nak gunakan butang bertema bayi ni.

Oh sekejap. Tadi di Facebook ada yang tanya ni butang ke applique? Hmm Cik Amal rasa jawapan yang lebih tepat, benda ni adalah wooden applique. Sebiji macam butang kayu yang biasa Cik Amal jual tu. Cuma, dia tak ada lubang butang. Jadi kalau nak guna, kena gam lah nampaknya.

Ada yang serius nak ke? Esok Cik Amal umumkan semula. Nak fikirkan dulu.

10 March 2017

Amal Creative Giveaway

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Amal Creative
Entri #155

Assalamualaikum. Hai semua. Sudah lihat apa yang menarik lagi tertarik di Facebook page Amal Creative pagi ini? ;)


Yaaa betul! Kami sedang adakan giveaway untuk bulan Mac 2017. Maklumat lanjut penyertaan boleh rujuk di Facebook page Amal Creative. Pastikan anda memenuhi kesemua 4 syarat yang ditetapkan untuk melayakkan diri anda menjadi salah seorang peserta.

Kami akan pilih bukan satu, tapiii DUA orang pemenang bertuah untuk menerima hadiah. Best ke sangat best? 😊😊 Giveaway bermula jam 10.30 pagi hari ini dan tamat pada jam 10.30 pagi Isnin 13 Mac 2017.

Selamat berjaya! 

2 Perkara Penting Dalam Asas Penulisan Blog

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Entri #154

Perkara paling penting dalam penulisan blog bagi newbie adalah KONTEN dan KONSISTEN. Mula dengan dua ini dahulu. Tidak perlu gopoh berfikir tentang hak teknikal seperti layout blog dan juga SEO.

Konten yang baik, tersusun dan berkualiti mampu menarik minat pembaca bertandang. Kekerapan mengemaskini blog dengan konten yang baru dan segar, akan membuatkan pembaca ketagih mahu datang lagi dan lagi. Hidangkan konten yang membuatkan pembaca berasa kenyang dengan ilmu.

Konsisten. Perkataan yang mudah disebut tetapi hakikatnya agak mencabar untuk diamalkan. Tips untuk kekal konsisten adalah jadikan menulis itu sebagai tabiat. 10 hingga 15 minit setiap pagi misalnya, jadikan ia rutin. Tulis walaupun sedikit. Siapa kata menulis blog perlu mengarang panjang lebar hingga 5-6 muka surat ceritanya. ;)